ALYA MARDIEN TERSINGKIR DI EPISOD 4 CSOIAM, ADAKAH INI PENGHUJUNG ATAU PERMULAAN BAHARU?
Pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) minggu keempat mengejutkan ramai apabila Alya Mardien, antara peserta yang sering memukau penonton, terpaksa meninggalkan pertandingan. Walaupun memberikan persembahan penuh emosi, keputusan undian tidak memihak kepadanya, membuatkan ramai peminat tergamam. Adakah ini bermakna perjalanan Alya berakhir di sini, atau sebenarnya ini langkah pertama menuju sesuatu yang lebih besar?
Alya mengakui dirinya sudah memberikan yang terbaik dalam persembahan terakhirnya. Baginya, setiap langkah yang diatur adalah sebahagian daripada perancangan yang lebih besar. "Tuhan adalah perancang terbaik," katanya. Walaupun tidak menjangka tersingkir, Alya tetap menerima keputusan ini dengan hati terbuka, percaya bahawa apa yang berlaku mungkin membuka peluang lain yang lebih baik di masa hadapan. Kritikan Cakra Khan tentang perlunya lebih penjiwaan dalam persembahan tidak dipandang negatif oleh Alya. Sebaliknya, dia melihat komen itu sebagai nasihat berharga untuk memajukan diri dalam industri muzik. Sebagai pendatang baru, Alya menyedari masih banyak yang perlu dipelajari untuk memperkukuhkan bakatnya.
Tersingkir dari CSOIAM tidak memadamkan semangat Alya. Fokus utamanya kini adalah menyelesaikan pengajian STPM sambil terus berkarya. Dengan bakat menulis lagu, Alya berazam untuk menghasilkan karya muzik yang bakal memikat hati peminat. "Nantikan sesuatu yang menarik, berkemungkinan besar dalam tahun ini juga" katanya, memberi gambaran bahawa ini hanyalah permulaan perjalanan muziknya.
Peminat yang kecewa dengan penyingkiran Alya kini tertanya-tanya, adakah Alya layak untuk diberi peluang kedua di pentas CSOIAM? Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari mereka yang percaya pada bakatnya, persoalan ini pastinya menjadi topik perbualan hangat dalam minggu-minggu mendatang. Walaupun tersingkir, Alya Mardien telah membuktikan bahawa bakat dan kesungguhan mampu mencuri perhatian ramai. Masa depan tampaknya cerah untuk bintang muda ini, dan kita semua pasti tidak sabar untuk melihat apa yang bakal dia persembahkan seterusnya!
Episod ini juga menyaksikan Jimi yang sekali lagi dinobatkan sebagai juara Terpaling Fizz di episod keempat. Di episod ketiga, beliau memikat hati juri dan penonton dengan berduet bersama Aina Abdul, dan kali ini beliau akan berduet bersama Misha Omar. Sebagai salah seorang penyanyi tersohor, Misha Omar terkenal dengan lagu-lagu hebat antara seperti “Bunga-Bunga Cinta” dan “Pulangkan”. Adakah Jimi mampu mengekalkan momentumnya? Sama-sama kita nantikan cabaran besar yang menanti beliau!
Untuk minggu keempat berturut-turut, CSOIAM trending di platform X dan meraih ribuan engagement di platform TikTok dan Instagram. Antara isu yang hangat diperkatakan adalah persembahan hambar Rezza Shah, kritikan pedas daripada juri-juri, dan keputusan penyingkiran Alya Mardien. Dengan lebih 4 juta tontonan setiap episod, CSOIAM terus menjadi fenomena yang menggegarkan!
Episod keempat, Marygrace mencipta sejarah apabila berpeluang berduet dengan legenda Papa Rock Malaysia iaitu Datuk Ramli Sarip, dengan lagunya “Nyanyian Serambi” & “Doa Buat Kekasih”. Persembahannya mendapat pujian yang hebat daripada juri-juri CSOAIM. Adakah Marygrace mampu meneruskan momentum ini di episod seterusnya sehingga ke pentas akhir?
Minggu kelima CSOIAM bakal mempersembahkan tema “Evolusi AJL”, di mana para peserta akan menyampaikan lagu-lagu ikonik dari pentas AJL. Kini hanya enam peserta yang tinggal iaitu Marygrace, Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Mariam, dan Kai Deva. Cabaran kini semakin sengit! Siapakah yang mampu menonjol dan mara ke pusingan seterusnya? Undian penonton amat penting, kerana 40% keputusan ditentukan oleh anda, sementara 60% lagi di tangan juri profesional. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan hebat daripada peserta Top 6 CSOIAM dan kejutan yang bakal menghangatkan lagi episod kelima Calpis Soda One In A Million, semua ini hanya di TV3. Pastikan anda terus mengundi peserta kegemaran anda untuk meraih hadiah bernilai RM 1 Juta!
Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!
Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.