100 Selebriti memeriahkan Hari Usahawan Negara 2022 di WTCKL


100 selebriti popular tanah air memeriahkan lagi Hari Usahawan Negara 2022 (HUN 2022) yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Kehadiran mereka menceriakan suasana, selain turut serta dalam aktiviti penjualan produk masing - masing menerusi lot pameran yang disediakan, mereka juga mengadakan persembahan dan sesi temu ramah mesra bersama peminat - peminat yang mengunjungi HUN 2022.

Antara selebriti yang terlibat adalah Azlan Typewriter, Saharul Ridzwan, Lan Solo, Azza Elite, Ayu Damit, Zoey Rahman, Sabhi Saddi, Balkisyh Sumundur Khan, Syed Ali, Eida Moin, Laila Nasir, Tash Yong, Qazem Nor, Azan Scan GV8, Siti Fazurina, Amai Kamarudin, Sefik, Azura Aziz, Jasmine Ashraff, Rashid Jaafar, Mahmud Ali Basha dan ramai lagi selebriti yang ada di sana.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Yang Berbahagia Dato' Sri Abu Hasan Mohd Nor sebanyak 1000 lot pameran disediakan secara keseluruhannya di HUN 2022 dengan 500 lot untuk agensi kerajaan, korporat serta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), 100 lot mobile truck, 100 lot carboot, 120 usahawan Cina, lot-lot serambi dari Indonesia, lot koperasi dan 100 lot makanan.

Tidak ketinggalan juga 100 lot pameran khas buat selebriti tempatan turut disediakan sebagai tanda sokongan kepada selebriti dimana kebanyakannya kini sudah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

"HUN 2022 ini diadakan sebagai pemangkin ekonomi negara yang mana sebelum ini kebanyakan usahawan terjejas kerana pandemik Covid-19. Begitu juga dengan para selebriti yang hampir dua tahun pendapatan mereka terjejas kerana tidak dapat keluar bekerja. "

"Hikmahnya, saya lihat ramai selebriti sudah mula menjalankan perniagaan pelbagai jenis produk sebagai salah satu cabang pendapatan mereka. DPUKM sentiasa menyokong mereka yang ingin berniaga dan bersedia untuk memberi bantuan seperti menyalurkan informasi serta membimbing mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya," ujar Abu Hasan.

Dalam pada itu, status selebriti yang popular dan memiliki peminat yang ramai antara satu kelebihan yang dimiliki mereka berbanding peniaga biasa.

Oleh yang demikian, DPUKM menyeru untuk lebih ramai selebriti terlibat dalam perniagaan bagi merancakkan ekonomi negara.

"Mereka dikenali dan memiliki peminat yang ramai, jadi mereka mempunyai kelebihan dari segi promosi. Namun begitu, perniagaan tidak akan berkembang jika tidak mempunyai ilmu perniagaan dan pengurusan yang betul, walaupun popular serta menjual produk yang bagus.

"HUN 2022 ini adalah platform terbaik buat usahawan termasuk selebriti kerana di sini kami ada pelbagai lot pameran dari agensi kerajaan yang sedia membantu berhubung perniagaan seperti pinjaman, perlesenan, dan sebagainya. 

"Selain itu,  HUN 2022 juga menyediakan pelbagai program khusus buat usahawan dan bakal usahawan. Antaranya taklimat daripada pelbagai agensi termasuk FAMA, MARA, Agrobazaar Online dan Akademi Jana Usahawan. Turut diadakan taklimat mengenai kerjaya, klinik keusahawanan (latihan dan mentor), simposium ekonomi dan keusahawanan, biz forum (peluang pembiayaan bersama Tekun Nasional) dan pocket talk (wawancara ikon usahawan secara langsung," konsi Abu Hassan.

Buat pengunjung yang hadir pula terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya, car free morning, jogathon 1000 peserta di Dataran Merdeka, acara rancangan main akal, persembahan battle of the band, pertunjukan kereta dan motosikal klasik, kereta mewah, Malam Aneka Ragam Pop Yeh Yeh, Retro Klasik, Warisan HUN dan belon udara panas.

Acara kemuncak HUN 2022 adalah makan malam gala yang diadakan pada 28 Mac bersempena dengan majlis anugerah untuk golongan usahawan. Anugerah tersebut aka diberikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

HUN 2022 bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Yaakob pada Sabtu,26 Mac pukul 8.30 malam di WTCKL.

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!