Unboxing : Samsung Galaxy A33 5G, Jatuh Hati Sebelum Buka?
Sejak kelas via online PDPR nie, susah juga untuk ku nak belajar. Mana tak kena guna handphone atau laptop. Pulak tu kena berkongsi dengan adikku.
Handphone yang sedia ada bukanlah yang terbaru seperti yang ada di luar sana. Generasi yang lama tak sama dengan generasi yang baru. Bila dapat peluang untuk memilih mana yang suka, pasti nak jenama yang itu atau yang itu!
Samsung Galaxy A33 5G
Dapat smartphone yang ini sebenarnya dah syukur alhamdulilah.Tengok dari specification-nya banyak jatuh hati. Al kisah jatuh hati sebelum buka kotak.
UNBOXING Samsung Galaxy A33 5G
Standard untuk setiap pembelian memang akan ada
• Samsung Galaxy A33 5G
• Kabel USB
• Pin Untuk Sim Kad
• Manual Menggunakan Smartphone
• Kad waranti – Ini Penting YE!
Warna Peach pilihanku. Sebab belum pernah ada warna ini dalam koleksi-ku. Ada juga warna seperti Black, Light Blue dan White. Memori phone ada 128GB cukup untukku sebagai pengguna biasa.
Penggunaan biasa seperti, google meet, zoom, dan semestinya sosial media seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
Perbezaan,
Rupanya Samsung Galaxy A33 5G telah diubah suai reka bentuknya dari Samsung Galaxy A32. Ini adalah upgrade version dari model yang sebelumnya.
Material yang digunakan membuat diriku rasa selesa. Selesa memegangnya walaupun seharian. Kenapa selesa? Sebab reka bentuknya direka supaya tidak meninggalkan kesan licin. Yalah, diriku kan ‘clumsy’.
Ok nie last tau ku share apa yang buat ku jatuh hati sebelum buka!
Kamera nya!
Ada beza tau kalau tengok dari model dulu. Nampak bentuk kamera dia macam menonjol. Nampak lain dari yang lain.
Bahagian belakang Galaxy A33 5G ini adalah berbeza daripada Galaxy A32 sebelum ini. Di mana, Siri A kali ini mempunyai empat kamera belakang dan lampu LED.
Itu belum lagi sharing tentang specification yang confirm puas hati bila guna Galaxy A33 5G ini. Tunggu next artikel tau!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A33 5G, lihat sini! :-
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a33-5g-awesome-blue-128gb-sm-a336elbhxme/