Posts

RILEKLAH! RAYA BERSAMA DIDI & FRIENDS DI QUILL CITY MALL

Image
S ambutan Ramadan bakal berakhir dan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma dalam kurang 7 hari. Di Quill City Mall kali ini sedang berlangsungnya kempen Raya dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019. Memandangkan lokasi Quill City Mall Kuala Lumpur di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur berbesar hati mengadakan sambutan bersejarah perasmian  Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends. Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends. Didi & Friends merupakan salah satu produk Digital Durian, program TV kanak-kanak popular yang menampilkan pendidikan, interaktif dan nyanyian menarik termasuklah bercerita untuk kanak-kanak. Dengan kejayaan dan sambutan pengunjung semasa Karnival 1Bilion Didi & Friends pada September 2018 di Quill Convention Centre, dijangkakan kanak-kanak dan keluarga bakal menikmati sambutan istimewa Hari Raya bersama  Rileklah! Raya Bersama   Didi & Friends ini. Tahun ini, tema raya bertemakan pengembaraan Didi & Friends ke pantai untuk sambutan H...

WALKING WITH DINOSAURS – The LIVE Experience In Kuala Lumpur 2019

Image
Haiwan yang hidup pada zaman purba jutaan tahun dahulu, Dinosaur akan berkeliaran di bumi kerana siri televisyen popular BBC, ‘ Walking With Dinosaurs – The Live Experience ’ akan dipersembahkan secara langsung di Malaysia tidak lama lagi. Ditonton lebih 9 juta orang daripada 250 bandar di seluruh dunia, pertunjukan ini bakal menarik perhatian semua lapisan umur yang pasti teruja menyaksikan 18 spesis dinosaur menakluki pentas Axiata Arena, Bukit Jalil. Walking With Dinosaurs – The Live Experience akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut dari 23 hingga 25 Ogos 2019 dan tiket boleh didapati di laman web myticket.asia. Walking With Dinosaurs memulakan jelajah dunia di United Kingdom pada Julai 2018 dan menjelajahi seluruh Eropah sebelum menuju ke Asia dan memilih Malaysia untuk lokasi jelajah yang seterusnya. Produksi bernilai 20 juta dolar ini menampilkan teknologi terkini dan sekaligus menempatkannya sebagai pertunjukan dinosaur terbaik dan terbesar di dunia. Walking Wi...

2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR

Image
MONSTA X akan kembali bertemu peminatnya di Malaysia selepas persembahan pertama mereka di Festival Muzik K-WAVE 3 pada Ogos 2018! MacpiePro teruja untuk menganjurkan konsert MONSTA X secara langsung di Malaysia buat kali kedua! Kali ini, MONSTA X akan memimpin konsert mereka sendiri dan MONBEBE sudah pasti tidak sabar menyaksikan persembahan idola mereka yang mantap, menghiburkan dan gempak. MONSTA X adalah kumpulan K-POP kedua yang bakal menguasai pentas di bawah pelan Crazy 20 MacpiePro tahun ini. Pengenalan artis : MONSTA X MONSTA X terdiri daripada tujuh ahli kumpulan iaitu Shownu, Wonho, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney and I.M. Ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2015, kumpulan ini telah melancarkan empat buah album studio penuh, enam EP, satu album kompilasi, satu album video dan 16 single. Kesemua album MONSTA X diterima baik oleh peminat mereka di seluruh dunia yang digelar sebagai ‘MONBEBE’. Kumpulan ini melancarkan EP pertama mer...

JALAN JALAN RAMADAN BUFFET DI SIME DARBY CONVENTION CENTRE 2019

Image
Dengan tema Jalan Jalan Ramadan Buffet dan  Makan Malam Ramadanmenjanjikan pelbagai pilihan hidangan untuk anda nikmati selepas seharian berpuasa. Dua pilihan buffet ini boleh didapati di Sime Darby Convention Centre. Pelbagai sajian seperti masakan melayu, india, cina dan antarabangsa semuanya ada. Ramaan tahun ini hidangan buffet akan dikendalikan serta disediakan oleh chef-chef yang berpengalaman dari SDCC yang diketahui oleh Chef  Pastri Mohd Nordin bin Abdullah. Bertemakan Jalan-Jalan Ramadan Buffet di Restoran Halia untuk tahun ini memberikan kelainan dari tahun sebelumnya. Setiap lokasi hidangan yang ditempatkan dinamakan jalan-jalan yang cukup terkenal menjual hidangan buffet ramadhan. Antaranya seperti Jalan Lang Emas, Jalan Imbi, Jalan Dorasamy dan banyak lagi. Antara hidangan yang enak boleh dirasai sepanjang bulan puasa di buffet ramadhan SDCC seperti berikut: Selain itu terdapat juga pilihan sushi, spagehti, pasta bersama sos ...

Westlife The Twenty Tour 2019 'LIVE' Di Malaysia

Image
Selepas hampir dua dekad, Westlife kembali menemui peminatnya di Malaysia sejak konsert terakhir mereka pada tahun 2000, East Meets Westlife Tour di Malaysia! MacpiePro dan Universal Music Malaysia berbangga menjadi penganjur bagi konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia. MacpiePro dan Universal Music Malaysia teruja untuk menganjurkan persembahan Westlife secara langsung di Malaysia dan kali ini persembahan mereka lebih hebat dan luar biasa! Bagi anda yang membesar dengan menyanyi dan menari lagu popular Westlife seperti ‘Uptown Girl’,  ‘Flying Without Wings’, ‘Swear It Again’ dan ‘If I Let You Go’ , anda berpeluang menghidupkan semula kenangan yang berharga ini. Westlife terdiri daripada empat orang ahli iaitu Nicky Byrne , Kian Egan , Mark Feehily , dan Shane Filan . Album Westlife pernah menjadi album terlaris pada abad ke-21 dan kumpulan ini pada asalnya ditandatangani oleh Simon Cowell di United Kingdom dan Clive Davis di Amerika Syarikat. ...

2019 GFRIEND Asia Tour [GO GO GFRIEND!] in Kuala Lumpur

Image
Hey Buddy! GFRIEND akan datang ke Malaysia sebagai sebahagian daripada ASIA TOUR 2019! GFRIEND bakal datang ke Malaysia buat pertama kalinya dan MacpiePro dengan bangganya mengumumkan mereka sebagai penganjur rasmi 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR. GFRIEND adalah salah satu kumpulan wanita paling popular di Korea Selatan yang bernaung di bawah Source Music dan populariti mereka semakin meningkat dalam kalangan peminat K-Pop! Pengenalan GFRIEND GFRIEND terdiri daripada enam ahli kumpulan yang berasal dari Korea Selatan iaitu Sowon, Yerin, Eunha, SinB, Yuju dan Umji. Kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 2015 oleh syarikat hiburan Source Music dan mereka telah mengeluarkan dua buah album studio, satu album kompilasi, tujuh EP dan satu album yang dilancarkan semula di Korea. Kesemua album GFRIEND diterima baik oleh peminat mereka yang digelar sebagai ‘BUDDY’ dan pernah memenangi anugerah 'Artis Wanita Baharu Terbaik' 2015 di Anuger...

FANCY FEAST bawakan makanan bertaraf 'Meowchelin’

Image
FANCY FEAST (olehPURINA) telah menganjurkan acara “A Meowchelin Feast” di L’Espace untuk meraikan hubungan kasih sayang antara pemilik dan kucing kesayangan mereka dengan memperkenalkan konsep ‘Meowchelin.’ “A Meowchelin Feast” oleh FANCY FEAST diilhamkan oleh konsep makan dengan mewah dan ditawarkan kepada pemilik yang ingin berkongsi pengalaman yang mewah bersama haiwan-haiwan yang lain. Di“A Meowchelin Feast”, pemilik haiwan peliharaan dapat belajar bagaimana untuk menyusun makanan kucing yang estetika dan menyelerakan untuk meningkatkan pengalaman bersama kucing mereka, sama seperti yang disajikan oleh restoran Michelin. "Ini adalah selaras dengan usaha FANCY FEAST dalam menyampaikan rasa yang lazat dan tekstur makanan yang tidak dapat dinafikan yang dibuat dengan kualiti tertinggi melalui rangkaian produknya. Konsep ini diilhamkan  oleh  perubahan  yang dapat  dilihat di  kalangan  pemilik  haiwan  peliharaan  dimana  ku...