eCurve Meraikan Kanak-kanak Dari Angel Children’s Home Sempena Krismas



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari Krismas tinggal beberapa hari sahaja lagi dan eCurve mengambil kesempatan untuk meraikan kanak-kanak dari Angel Children’s Home sempena hari perayaan yang bakal tiba. Kanak-kanak ini menerima layanan istimewa hari ini dimana pihak eCurve meraikan kunjungan mereka sempena kempen Hari Krismas yang bertemakan Misty Belle dan her BFF’s Come to Life.

Seramai 17 orang kanak - kanak Angel Children's Home bersama dua penjaga mereka teruja dan gelak ketawa apabila mereka kedengaran sebuah persembahan akan bermula masing - masing bergilir - gilir mempertontonkan gaya mimikan seperti anak patung yang comel sesama kanak - kanak lain.

Fesyenita -  Gadget Geek dan Style Goddess


Social Butterfly dan Social Foodie


Dan yang dirasmikan oleh Azizul Hisyam Ahmad,Pengurus Kompleks eCurve ialah Fitness Junkie





Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Kompleks eCurve berkata, “Memandangkan kempen kami pada tahun ini mengetengahkan persaudaraan dalam meraikan sambutan bersama, kami amat berbesar hati berkongsi suasana keriangan sambil bermain dengan kanak-kanak kurang bernasib baik yang didatangkan khas pada hari ini agar mereka juga boleh merasai satu perayaan yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

Kami turut seronok dapat melihat senyuman di wajah mereka dan amat gembira kerana dapat berkongsi kemeriahan musim perayaan ini bersama mereka. Kami berharap agar setiap kanak-kanak Angel Children’s Home ini bergembira dengan program-program istimewa yang kami sediakan hari ini!” sebelum melancarkan kempen Misty Belle dan her BFF’s Come to Life.


Selesai sahaja pelancaran, kanak-kanak ini dihiburkan dengan persembahan dari Misty Belle dan her BFF’s.


Kanak-kanak terpesona dengan persembahan penuh imaginasi yang mengisahkan anak-anak patung comel itu menyambut musim perayaan ini, di samping paparan kostum-kostum penuh warna-warni dan gerak tari serta alunan muzik yang berjaya menarik penonton untuk turut menari bersama.


Tawa riang diteruskan apabila setiap kanak-kanak menerima sebuah beg hadiah, sumbangan eCurve. Kunjungan itu diakhiri dengan sajian makan malam berupa ayam goreng ala Korea yang enak, ditaja bersama oleh Pelicana Chicken. Lihat sahaja muka kegembiraan kanak-kanak apabila mereka diraikan.


Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!