BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR


BLACKPINK datang ke Malaysia buat julung kalinya untuk BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA]!

Macpiepro dengan bangganya mengumumkan kumpulan KPOP popular, BLACKPINK yang bernaung di bawah YG Entertainment akan menemui peminatnya di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019. BLACKPINK bakal mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuk persembahan solo dan remix.

BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR dianjurkan bermula Januari tahun hadapan di Bangkok dan meneruskan jejalah mereka merentasi Asia.


BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR
BLACKPINK bakal menghiburkan peminatnya di Kuala Lumpur dengan persembahan luar biasa
pada 23 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 6 petang.
Tiket konsert BLACKPINK berharga RM373 (Zon Hijau), RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning),
RM673 (Zon Merah), RM693 (Zon BLINK) dan boleh didapati di laman web rasmi Macpiepro
(www.macpiepro.com) pada 12 Disember tepat jam 12 tengah hari.


Pengenalan Artis : BLACKPINK

BLACKPINK yang terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu JISOO, JENNIE, ROSÉ dan LISA, telah berjaya menarik perhatian peminat KPOP dari seluruh dunia menerusi pelancaran debut pertama mereka, ‘SQUARE ONE’ pada tahun 2016.
Banyak kejayaan telah dilakar antaranya melancarkan satu single dan tiga mini album. Malah lagu
hits BLACKPINK juga berjaya menembusi carta lagu di Korea dan antarabangsa termasuk carta
Billboard.


BLACKPINK adalah satu-satunya kumpulan KPOP wanita yang mempunyai empat single terbaik
dalam carta jualan Billboard World Digital. Lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’ yang dilancarkan pada 15 Jun
2018 turut mencatat rekod bagi Muzik Video Korea Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam di
YouTube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.2 juta.



Selain itu, BLACKPINK turut berkolaborasi dengan penyanyi pop British, Dua Lipa dalam lagu
berjudul ‘Kiss and Make Up’. Lagu ini menduduki tangga ke-93 dalam carta single utama Amerika
dan BLACKPINK satu-satunya kumpulan wanita Korea yang berjaya memasuki carta Billboard Hot
100 lebih dari satu kali.

Dengan perjanjian rekod global baharu bersama Interscope Records dan pelancaran solo setiap
ahli, BLACKPINK perlu terus menggegarkan industri KPOP dengan menjadi pemimpin dalam
kalangan artis KPOP lain bagi tahun 2019 dan akan datang.

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!