Pelancaran GINTELL De’ Space Kerusi Urut U.F.O Bersama Ayda Jebat
Pelancaran GINTELL De’ Space Kerusi Urut U.F.O Bersama Ayda Jebat telah berlangsung baru-baru ini di IOI City Mall Putrajaya. Pelakon dan penyanyi terkenal Ayda Jebat telah membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL untuk bertemu dengan para peminat dan para pelanggan GINTELL . Seterusnya melancarkan kerusi urut terbaru GINTELL De’ Space Kerusi Urut U.F.O terbaru keluaran GINTELL
Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta GINTELL adalah untuk mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda. Terutamanya, golongan muda kini sering sibuk bekerja tanpa mempunyai masa yang cukup untuk berehat dan menenangkan diri sendiri.
Seperti Ayda Jebat yang bekerja sebagai pelakon dan penyanyi, kerjayanya memerlukan masa yang panjang dan tidak menentu. Kelelahan kerja menimbulkan tekanan pada dirinya dan mungkin menjejaskan kesihatannya.Bagaimanapun, kini dengan adanya sofa urutan GINTELL De’Vano S di rumah, Ayda Jebat dapat menghilangkan tekanan dan kepenatan kerja pada bila-bila masa sahaja.
Agak menarik pelancaran kali ini kerana mengambil pendekatan nama U.F.O ,
Belon U.F.O berterbangan di IOI City Mall Putrajaya di Centre Court, kemudian belon diturunkan untuk seisi menandatangai menandakan pelancaran GINTELL De’ Space Kerusi Urut U.F.O telah sempurna.
Ayda Jebat bukan sahaja menikmati mengambil gambar selfie dengan peminatnya dan juga bersama-sama menyanyikan lagu popular “Pencuri Hati” dan lagu terbaru dalam keadaan riang gembira.
Dengan hanya meluangkan sedikit masa setiap hari bersama GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa, dia dapat menenangkan diri dan berehat dengan sepenuhnya. Kesihatan adalah penting untuk menikmati rasa cinta yang indah dan bermakna dalam kehidupan kita. Sebagai duta GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa, Ayda Jebat yang mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang keluarga dan diri sendirinya memang serasi dengan moto GINTELL.