60,000 Pasang Baju Raya Sumbangan Kepada Penduduk Tanah Merah Oleh YB Dato Haji Ikmal
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
60,000 Pasang Baju Raya Sumbangan Kepada Penduduk Tanah Merah Oleh YB Dato Haji Ikmal
Adun Parlimen Tanah Merah YB Dato Haji Ikmal tidak pernah lupa untuk memberi sumbangan pada mereka yang memerlukan di Tanah Merah. Setiap kali menjelang hari raya pastinya beliau akan memastikan sumbangan diberikan seperti baju raya mahupun barangan dapur buat mereka yang memerlukan. Pemberian yang sebelum ini diberikan kepada PERMATA (Persatuan Mahasiswa Tanah Merah)dan ibu tunggal tetapi kali ini berlainan sedikit. Beliau bakal memberikan sumbangan 60,000 pasang baju raya buat semua penduduk di Tanah Merah yang sudah mendaftar sebagai pengundi sebelum 31 Mac 2017
Menurut Dato, impian beliau untuk memberi sumbangan pakaian bersempena dengan kedatangan Aidilfitri tahun ini kepada semua pengundi Tanah merah insyallah di permudahkan bagi menggembirakan masyarakat di kawasannya serta membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Adalah diharapkan dengan sumbangan baju raya ini dapat memberikan kegembiraan kepada pengundi Tanah Merah dan seterusnya menyambut Aidilfitri dengan meriah.
Dan syabas juga buat Jakel kerana bersama-sama menyokong usaha serta tanggungjawab sosial dari pihak ADUN Kawasan Parlimen Tanah Merah merealisasikan penyediaan 60000 pasang pakaian untuk diagihkan tidak lama lagi. Penebusan baju raya bermula dari 10 Ramadan sehingga 15 Syawal 2017
Untuk mereka yang beragama Islam untuk lelaki mendapat baju melayu
bagi wanita melayu pula baju kurung dengan rekaan yang cantik
Untuk bukan beragama islam pula , lelaki mendapat baju kemeja dan perempuan bakal mendapat kain untuk di buat baju atau rekaan lain
Bukan setakat sumbangan baju raya sahaja yang dapat tetapi ada juga cabutan bertuah. Para pengundi yang sudah mendaftar boleh mendapatkan borang seperti ini dan jangan lupa hantarkan pada Pejabat ADUN yang berdekatan
Jangan lupa buat anda semua penduduk di Tanah Merah ye