Kempen #BuildAmazingMY Menampilkan Dunia LEGO®


Salam Sejahtera

Kempen #BuildAmazingMY menampilkan dunia LEGO®. LEGO® Malaysia kini membawa satu lagi aktiviti menarik sempena cuti sekolah yang telah bermula sejak 27 Mei 207 yang lalu. Aktiviti menyeronokkan yang boleh mengisi masa lapang kanak-kanak Malaysia sedang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur. LEGO® Malaysia, blok binaan yang mencetus daya imaginasi dan kreativiti telah melancarkan kempen #BuildAmazingMY

Kempen ini membawakan pelbagai aktiviti membina yang menyeronokkan menerusi acara Cities of Wonder dan binaan mini Kebudayaan Malaysia Edisi Terhad yang mencatatkan mercu jaya sulung dalam sejarah jenama LEGO®. 




“Sejak dari mula lagi, para pengasas LEGO®’ telah menetapkan wawasan jelas untuk membina sesuatu yang mendorong kreativiti generasi. Kami memahami peranan kami dengan baik –  matlamat kami adalah untuk menggalakkan kanak-kanak bermain menggunakan tangan mereka, dengan jenis permainan yang memupuk kreativiti minda.  Apa yang kami lakukan dengan #BuildAmazingMY adalah sesuatu yang sangat istimewa.  Kita tidak perlu memandang jauh untuk mendapatkan sumber inspirasi,” 
kata Jacob Leighton Rennison, Ketua Pemasaran, LEGO® Malaysia.



Acara Cities of Wonder di Pavilion KL
Sebagai sebahagian penting daripada kempen #BuildAmazingMY, acara Cities of Wonder (Bandar Raya Menarik) diadakan di Pavilion KL dari Khamis, 25 Mei hingga Ahad, 4 Jun. Berilhamkan LEGO® City dan LEGO® Friends, ruang acara direka seperti bandar LEGO® saiz sebenar. Selepas pendaftaran, kanak-kanak boleh meminjam sarung tangan luar biasa LEGO® untuk meneroka Cities of Wonder dalam bentuk figura mini LEGO®. Mereka akan menerima pasport Cities of Wonder untuk menyusuri denai aktiviti dan mengumpulkan pelekat sambil mereka menyelesaikan setiap cabaran. Hadiah menarik menanti yang berjaya mengumpulkan semua pelekat. Acara ini memaparkan laluan yang menempatkan empat stesen aktiviti LEGO®:
  • ·         Emma’s Photo Studio – membina kamera dengan bata LEGO®
  • ·   Stephanie’s Cupcake Kitchen – kanak-kanak perlu menghiasi kek cawan mereka hanya menggunakan bata LEGO® yang dicedok daripada baldi
  • ·         Police Station – kanak-kanak perlu membina mozek LEGO® bagi penjahat yang mereka perlu tangkap
  • ·         City Jungle – kanak-kanak boleh belajar tentang binatang dan alam sekitar di stesen ini kerana mereka perlu mencari 4 permata sebelum ditemukan oleh penjahat.

Selain daripada aktiviti ini, Cities of Wonder juga akan menyediakan ruang pameran memaparkan daya tarikan Malaysia yang diperbuat daripada LEGO® oleh kumpulan peminat LEGO® tempatan. Ruang pameran ini juga memaparkan binaan daripada pemenang minggu pertama peraduan Facebook My Own Creation.

Binaan Mini Kebudayaan Malaysia Edisi Terhad
Kemuncak kempen ialah pelancaran 4 Binaan Mini baru ciptaan LEGO® yang memaparkan tarikan budaya Malaysia iaitu: Bunga Raya, Kampung, Wau, dan Ketupat. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah LEGO® telah mencipta sesuatu yang khas untuk Malaysia. Dikeluarkan dalam jumlah terhad dan dilancarkan setiap Sabtu dari 27 Mei hingga 17 Jun, Binaan Mini ini hanya boleh didapati dengan pembelian minimum produk LEGO® bernilai RM300. Sementara itu, satu tawaran khas dibuat hanya di lokasi pelancaran setiap Blok Binaan Mini (maklumat lanjut disenaraikan di bawah), di mana seramai 150 peminat pertama boleh mendapatkannya dengan pembelian minimum RM200 produk LEGO® menerusi aktiviti eksklusif Bina dan Bawa Pulang. Selepas setiap Sabtu berkenaan, Binaan Mini ini kemudiannya boleh didapati di enam gedung (yang disenaraikan di bawah) selagi stok masih ada.

Nak tahu lebih lanjut lagi sila layari 
Website Lego : www.lego.com

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!