Koleksi Tsum Tsum Dari Mentholathum


Saya memang sangat sukakan benda-benda yang comel. Apatah lagi dari karektor atau dipanggil sebagai watak kartun yang cukup popular dan digemari orang ramai. Siapa sahaja yang tidak sukakannya dengan kecomelan watak tersebut.

Koleksi Tsum Tsum  terbaru telah dilancarkan oleh Mentholatum. Menariknya, koleksi produk penjagaan kulit Mentholatum Tsum Tsum ini didatangkan dengan pembungkusan paling "kawaii" jika dibandingkan dengan semua barangan penjagaan kecantikan di pasaran.

Koleksi ini kelihatan sangat comel dan menarik. Paling best produk ini mempunyai aroma buah-buahan dan bunga yang  mampu menceriakan dan  menyegarkan diri. Dengan rumusan ramuan yang terbaik, ianya mampu umtuk kita membelai dengan begitu lembut pada kulit. Produk ini mampu memberikan hasil yang terbaik kepada kulit kita dengan pembelian koleksi MentholahumXTsumTsum .

Antara produk didalam koleksi Tsum Tsum seperti:


Mentholatum Tsum Tsum Fruity Lipbalm, 3.5g (RM11.50) 

Pelembap bibir Mentholatum Tsum Tsum Fruity ini dirumus dengan Vitamin E, Minyak Argan, Minyak Bijian Meadowfoam dan ramuan pelembap dan memberi khasiat kepada bibir kita. Teksturnya sangat ringan. Dengan gabungan perisa buahan yang menyegarkan seperti Apple, Lime dan Peach, ia dapat memberikan bibir kita kelembapan yang lebih tahan lama dan paling seronok kita boleh mengekalkan bibir agar sentiasa lembut, licin, sihat dan dilindungi dari cuaca dan persekitaran di sekeliling kita.


Mentholatum Tsum Tsum Masker Wajah, (RM7.90) Satu Keping

Mentholatum Tsum Tsum Masker Wajah boleh didapati dalam 4 varian iaitu Rose, Lavender, Honey dan Tea Tree. Setiap masker ini mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit.

Ini antara kebaikannya dari setiap satu varian:

1. Rose (Deep Hydrating Face Mask) menggabungkan 4 jenis bahan pelembap dan Asid Hialuronik untuk memberikan penghidratan yang berpanjangan selama 24 jam kepada kulit, menjadikannya lebih anjal, lembut dan licin. Mengandungi Wild Soybean Seed extract & Natural Yeast extract untuk membantu menguatkan lapisan pelindungan semula jadi kulit dan melicinkan kekasaran, justeru meninggalkan kulit lebih lembut, mulus dan lembap. Masker wajah ini sesuai untuk kulit kering.

2. Lavender (Soothing & Hydrating Face Mask) mengandungi 4 jenis Asid Hialuronik dan ramuan yang menenangkan untuk membantu memulihkan, menyuburkan dan menguatkan kulit, menjadikannya lebih segar dan bertenaga. Ia juga mengandungi ekstrak bunga Lavender dan bunga Chamomile untuk melicinkan kulit kasar dan menenangkan kulit yang merengsa. Ia sesuai untuk kulit yang letih dan sensitif.

3. Honey (Revitalizing Face Mask) menggabungkan Vitamin C, Asid Tranexamic dan ramuan pencerahan yang lain untuk membantu menghidrat secara mendalam dan dapat memperbaiki tona kulit. Ia menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan berseri. Mengandungi Madu Asli & esktrak Yis untuk menyuburkan dan melembabkan kulit. Ia meningkatkan keanjalan kulit dan meminimumkan penampilan garis-garis halus untuk memastikan kulit kelihatan gebu dan anjal. Ia sesuai untuk kulit kusam.

4. Tea Tree (Oil Controlling Face Mask) menggabungkan Ekstrak Bunga Chrysanthemum, Houttuynia Cordata, Wild Soybean Seed dan ramuan semula jadi yang lain untuk mengawal minyak berlebihan, mengurangkan penampilan liang-liang pori untuk kulit yang lebih halus dan terhidrat. Ia mengandungi Asid Hialuronik dan ekstrak Tea Tree untuk membantu meningkatkan tahap pengekalan kelembapan kulit dan kawalan minyak. Ia juga membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus sehingga menjadikan kulit lembut dan licin. Ia sesuai untuk kulit berminyak dan cenderung berjerawat.


Mentholatum Tsum Tsum Hand Cream, 50g (RM16.90) 

Terdapat tiga variasi Rose, Lavender dan Jasmine . Krim Tangan Tsum Tsum Mentholatum mengandungi minyak badam dan minyak bijian bunga matahari serta ramuan pelembap yang lain untuk melembapkan kulit dan memastikan kulit kelihatan lebih muda. Kulit terasa terhidrat dan licin apabila anda menyapu krim tangan ke kulit anda sementara aroma bunga menenangkan anda selepas melalui hari yang sibuk. Selain daripada penghidratan, krim tangan juga membantu menguatkan kuku kita supaya menghalang daripada menjadi rapuh.


Mentholatum Tsum Tsum Face Wash, 100g (RM14.90)

Terdapat dua varian iaitu Hydra & Whitening Face Wash dan Pore Washing Face Wash, pencuci muka Mentholatum Tsum Tsum ini dirumuskan khas untuk kulit orang Asia yang sering terdedah didalam keadaan cuaca panas dan lembap.

1. Hydra & Whitening Face Wash dirumus dengan ekstrak Arbutin dan Rose untuk membantu mencerahkan dan meningkatkan keserian kulit untuk tona kulit yang lebih sekata. Ia juga diperkaya dengan bahan-bahan pelembab untuk membantu mengekalkan dan menambah kelembapan kulit. Aroma Rose semula jadi membawa kesegaran dan keselesaan kepada kulit.

2. Pore Refining Face Wash membantu meminimumkan liang pori dan mengimbangi semula minyak kulit. Ia dirumuskan dengan ekstrak Lentil untuk kulit licin dan lebih halus. Diformulasi dengan ekstrak Rosemary dan Witch Hazel pencuci wajah ini membantu membersihkan liang-liang pori untuk kulit wajah yang lebih jernih. Ia juga diperkaya dengan Ekstrak Aloe untuk melegakan dan melembapkan kulit manakala bau harum buah oren semula jadi membangkitkan perasaan dan menyegarkan kulit pada masa yang sama.


Produk ini boleh didapati di Watsons, AEON Wellness, Caring dan Sasa seluruh negara. Dan jangan lupa dapatkan koleksi Mentholatum Tsum Tsum yang terdiri daripada masker wajah, pelembap bibir, krim tangan serta pencuci muka.

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!