Majlis Resepsi Perkahwinan Adik Dato' Aliff Shukri Bertemakan Rumah Hutan & Istana Ratu

Majlis persandingan di antara Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah yang berlangsung di Dewan Perdana Felda bertemakan melayu klasik. Konsep rumah hutan dan istana ratu digabungkan dalam satu dewan , dihiasi dengan indah atas ilham Bonda Rozita. Andai kata Istana Ratu di rumah hutan milik Bonda Rozita siap pastinya persandingan Ajim akan berlangsung disana

Satu sidang media berlangusng dimana Bonda Rozita,DS Alif Syukri dan Kak Long Yati berkongsi tentang persiapan perkahwinan ini. Bakal mengadakan empat majlis resepsi termasuk majlis di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Bonda menjemput seramai 1000 orang jemputan dan antara tetamu jemputan adalah Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor.

Sempat lagi Bonda Rozita berkongsi dimana hanya dengan sekali nafas sahaja Ajim yang berusia 23 tahun ni telah sah menjadi suami kepada Siti Nurhafizah. Andai kata 2-3 kali memang malulah

Jika ditanya tentang 'sponsorhip' atau penjaan, Bonda Rozita sempat berseloroh dimana mereka tidak menerima sebarang penaja bukan kerana sombong tetapi masing-masing mampu dimana mereka ahli perniagaan yang cukup berjaya dan disegani

Sewaktu sidang media berlangsung, sempat lagi Bonda Rozita berkongsi dimana hanya dengan sekali nafas sahaja Ajim yang berusia 23 tahun ni telah sah menjadi suami kepada Siti Nurhafizah. Andai kata 2-3 kali memang malulah. Lawak bersahaja dari Bonda di hadapan anak-anaknya.

Para tetamu yang hadir dikongsikan sketsa pendek yang dilakonkan sendiri oleh kedua pasangan pengantin serta Bonda Rozita yang memegang watak dalam hikayat Melayu purba.

Walaupun sama ibu tetapi berlainan ayah, perhubungan antara adik-beradik begitu cantik, akrab dan utuhnya hubungan mereka anak beranak walau mereka merupakan pesaing dalam bidang perniagaan kecantikan dan kesihatan.

Memang tidak dinafikan dimana sejumlah wang yang besar dibelanjakan untuk meraikan kedua mempelai. Kos keseluruhan majlis adalah sebanyak setengah juta tidak termasuk doorgift dan cabutan bertuah berubah bag berjenama dari DS Alif Syukri. Bertanya tentang hadiah buat pasangan pengantin, Bonda memilih untuk menghadiahkan sebuah Mercedes Benz kepada Aiman Hazeem.

Ikuti kehidupan terkini ahli perniagaan ini melalui

Bonda Rozita - https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim/
Dato Seri Alif Syukri - https://www.instagram.com/aliffsyukriterlajaklaris/
Yatie Sendayutinggi - https://www.instagram.com/yatie_sendayutinggi/

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!