Pelancaran Rasmi Siri "Black-Drip & Dip" dengan 6 variasi baharu - "Drip Bag Coffee" dan "Cold Brew Coffee"
Berkonsepkan "BLACK TO BASIC" produk baru ini diilhamkan untuk memberi pencinta kopi merasai keaslian "Black Coffee". Tambahan pula, cogan kata yang diketengahkan adalah "Me Moment Now" yang bermaksud ingin memberi pecinta kopi merasai suasana baru menikmati segelas cawan "brew coffee" di zon peribadi mereka yang selesa.
Menerusi pengumuman yang terbaharu dari Aik Cheong Coffee, mereka amat berbesar hati dan berbangga mendapatkan khidmat pemain badminton negara iaitu Encik Tan Boon Heong sebagai Duta Jenama.Malah, duta jenama yang baru dilantik ini juga akan terlibat buat julung kalinya dalam industri hiburan dengan membuat penampilan dalam filem pendek bersama artis tempatan terkenal, Ah Boy Danny Koo (The Nation's Boyfriend) untuk merakamkan Lagu Tema Tahun Baru Cina Aik Cheong Coffee bagi tahun 2021.
Aik Cheong Coffee sentiasa menekankan "nikmati kopi sebenar di rumah" dan dengan inisiatif yang kuat dalam mengembangkan produk, mereka telah berjaya melancarkan satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera yang dikenali "IT's more than just" yang dilancarkan pada tahun lepas, Jun 2019 di mana produk tersebut telah mencatatkan rekod penjualan yang memberangsangkan dengan lebih 1 Juta cawan berjaya dijual.
Sentiasa melangkah maju ke hadapan, Aik Cheong Coffee tahun ini sekali lagi melancarkan produk baharu mereka iaitu siri "BLACK" dengan berkonsepkan "Drip & Dip Coffee" menggunakan cogan kata "Black To Basic".
Siri "Drip & Dip Coffee" mempunyai 6 variasi baru yang terdiri daripada :
- Ethiopia Yigracheffe
- Colombia Medellin
- Guatemala Huehuetenango
- Nicaragua Jinotega
- Cold Brew Ethiopia Yigracheffe
- Milk Brew Columbia & Brazil Santo's