100 Selebriti memeriahkan Hari Usahawan Negara 2022 di WTCKL
100 selebriti popular tanah air memeriahkan lagi Hari Usahawan Negara 2022 (HUN 2022) yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Kehadiran mereka menceriakan suasana, selain turut serta dalam aktiviti penjualan produk masing - masing menerusi lot pameran yang disediakan, mereka juga mengadakan persembahan dan sesi temu ramah mesra bersama peminat - peminat yang mengunjungi HUN 2022. Antara selebriti yang terlibat adalah Azlan Typewriter, Saharul Ridzwan, Lan Solo, Azza Elite, Ayu Damit, Zoey Rahman, Sabhi Saddi, Balkisyh Sumundur Khan, Syed Ali, Eida Moin, Laila Nasir, Tash Yong, Qazem Nor, Azan Scan GV8, Siti Fazurina, Amai Kamarudin, Sefik, Azura Aziz, Jasmine Ashraff, Rashid Jaafar, Mahmud Ali Basha dan ramai lagi selebriti yang ada di sana. Menurut Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Yang Berbahagia Dato' Sri Abu Hasan Mohd Nor sebanyak 1000 lot pameran disediakan secara keseluruhannya di HUN 2022 dengan 500 l...