Kembara Ramadan X Raya Sojourn di Tony Roma's

                                      
Tony Roma's membawakan menu bermusim baharu sempena Ramadan dan Hari Raya untuk meraikan perayaan ini dengan penuh keberkatan bagi mereka yang menyambutnya.

Menu baharu yang dicipta khusus oleh cef selebriti terkenal Malaysia bakal memberikan pengalaman yang mengagumkan buat semua pelanggan menerusi edisi Festive Blessing yang bakal memukau semua pelanggan dalam kembara deria rasa dan sensasi yang pastinya mengujakan.

Tahun ini, cef selebriti terkenal Malaysia iaitu Dato' Fazley Yaakob mempersembahkan menu bermusim istimewa untuk Ramadan dan Hari Raya yang mula tersedia pada 2 April ini hingga 31 Mei 2022, dengan menampilkan masakan Amerika moden dengan citarasa unik Malaysia.

Pelanggan boleh menikmati hidangan berbuka puasa dengan menu yang pastinya menyelerakan dan lazat antaranya :

Brown Butter Pesto Australian Lamb Ribs  - RM88.90

Mengetengahkan kehebatan jenama Tony Roma's dengan sentuhan magis Cef Dato' Fazley, menu ini menggunakan Tulang Rusuk Kambing Australia yang dipanggang perlahan dia atas bara bagi menghasilkan daging yang lembut dan lazat, ditambah pula dengan kerangupan luaran apabila dipanggang di atas api. 

Sajian ini disapu dengan pesto dan dihidang bersama sepotong jagung dan brokoli untuk hidangan yang segar dan ringan. 

Honey Glazed Crispy Australian Beef RibsRM88.90

Tulang rusuk yang digoreng dan diperisakan dengan sempurna membuatkan anda lebih berselera untuk menikmatinya. Hidangan ini menjadi lebih hebat dan sensasi apabila sedikit rasa pedas dan madu disapu atasnya, serta dihidangkan bersama kentang putar dan brokoli yang pasti membuatkan anda inginkan lebih lagi dan lagi. Lazat yang tak terkata.

 Torched Honey Mustard 1/2 Chicken - RM45.90

Hidangan gastronomik ini ialah ayam goreng yang dihidangkan bersama coleslaw dan brokoli ini akan dibakar "Torched" di hadapan anda sebaik sahaja hidangan ini tiba di meja makan anda. Hidangan ini pasti menarik selera dan membuka mata anda kerana kelembutan yang bakal anda rasai dalam setiap suapan anda.

Strawberry & Mango Frozen Romarita - RM19.90

Cef Dato' Fazley selaku Duta Jenama Tony Roma's 2022 menjelaskan bahawa menu masa terhad istimewa sempena Ramadan dan Hari Raya ini diinspirasikan daripada semangat "Rembau to America". 

Inspirasi yang datang daripada pengalaman beliau sendiri yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan melanjutkan pelajaran ke Los Angeles, California sewaktu muda. Oleh itu, Cef Dato' Fazley Yaakob merealisasikan memori ini dalam bentuk sajian yang menggabungkan penghormatan beliau kepada kampung halaman serta ketika beliau belajar di Amerika sana.

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!