Gabungan Masakan Barat dan Tradisional untuk Iftar Ramadan Hanya di Westplate Factory
Bermula dari tahun pandemik berlaku iaitu tahun 2020 dan kemudian Westplate Factory yang terkenal dengan menu sajian masakan Barat (western), menyambung mengadakan Buffet Ramadan pada tahun ini iaitu tahun keduanya.
Dengan bertemakan masakan Barat dan Tradisional yang terbaik untuk anda sekeluarga pasti memberikan pengalaman yang paling indah buat seisi keluarga, sahabat handai mahupun untuk mana-mana pasangan untuk berbuka puasa bersama-sama yang tersayang.
Buffet Ramadan di Westplate Factory ni menyajikan hampir 30 jenis hidangan yang saling bersilih ganti hari dan menu hidangan supaya para pelanggannya dapat merasai hidangan yang berbeza-beza walaupun berulang kali makan berbuka puasa di sana.
Antara masakan yang bakal disajikan di Westplate Factory ini adalah ayam masak lemak cili api, ayam masak merah, ayam masak rendang, ayam masak kari, daging dendeng, ayam goreng berempah dan roti john.
Walau bagaimanapun, antara masakn barat yang disajikan buat para pelanggannya adalah Chicken chop, Lamb chop, Beef Steak, Spaghetti Carbonara, Oglio Olio, French Fries, Mushroom soup dan wedges.
t talam jagung dan talam gula melaka.
Tidak dilupakan juga aneka bubur sebagai pencuci mulut seperti bubur kacang hijau, bubur kacang hitam, kek coklat, butter marble dan yang wajib sekali ialah kurma buat para muslim.
“Alhamdulillah, setelah kami memperkenalkan Buffet Ramadan buat julung kalinya pada tahun yang lalu, sambutan yang telah diberikan oleh pelanggan kami amatlah sangat menggalakkan dan rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan menu kami” kata Mohd Assraf Maidin Koty selaku Ketua Pegawai Eksekutif, AMK Group Sdn. Bhd.
“Kami menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu harga ‘early bird’ dari 1 Mac hingga 1 April 2022, RM49.90 untuk dewasa dan hanya RM20.00 adalah harga untuk kanak-kanak. Harga biasa pula bermula pada 2 April 2022 iaitu RM 59.00 manakala harga bagi kanak-kanak pula adalah RM29.90 buat kanak-kanak yang berumur 5 hingga 10 tahun.”
Restoran Westplate Factory juga menyediakan surau untuk menunaikan solat, ruang parkir yang luas, dewan berhawa dingin untuk sebarang acara dan pelbagai pakej menarik untuk semua pelanggan mereka.
Sebarang tempahan boleh dibuat terus melalui pesanan Whatsapp ke 014 6712043, 019 3674796, 011 58881916 atau 013 4882286.