ANUGERAH JUARA LAGU 37 LEBIH MERIAH DENGAN KEHADIRAN ALHA ALFA COSMETICS
Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) pada tahun ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama. Alha Alfa Cosmetics merupakan syarikat peneraju industri kosmetik organik yang memperkenalkan penjenamaan Alha Alfa Cosmetics dengan formulasi yang bebas daripada bahan berbahaya dan berisiko. Tahun ini, Alha Alfa Cosmetics akan menghangatkan acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu. Anugerah berprestij ini bakal melangsungkan edisi ke 37 pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my,
Kehadiran Alha Alfa Cosmetics sudah tentunya memberi keceriaan kepada para finalis AJL 37 untuk tampil lebih anggun dengan lebih 100 jenis produk kosmetik yang sesuai untuk solekan tema AJL 37 iaitu ‘Dimensi Muzik’ dan seiring pula slogan Alha Alfa Cosmetics iaitu ‘Perbezaan Itu Adalah Keunikan Kita’.
Alha Alfa Cosmetics diasaskan oleh seorang usahawan muda yang sangat dikenali dikalangan selebriti serta jurusolek terkenal tanah air, iaitu Dato’ Sri Alha Alfa atau nama sebenar beliau Dato’ Sri Abdul Al Halim Al Fadzil. Di usia yang muda, beliau telah menjadi ikon kepada ramai jurusolek kerana kejayaan beliau di dalam bidang pengeluaran produk kosmetik dan membina empayar perniagaan menerusi penjenamaan Alha Alfa Cosmetics.
Nantikan acara paling berprestij Anugerah Juara Lagu 37 yang dibawakan oleh Alha Alfa Cosmetics pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my,
Sidang produksi AJL 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #AJL37 dan #roadtoAJL37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.