KOTEX #SHE CAN PROJEK TAWAR RM100,000 PADA 10 SEKOLAH YANG BERJUANG DALAM PEMERKASAAN WANITA

Sejak tahun 2018 lagi, Kotex She Can Fund telah memberi ganjaran kepada program dan idea yang memperkasakan wanita serta merealisasikan impian wanita demi memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk mencapai matlamat mereka tanpa terhalang oleh haid mereka. Sebanyak 129 sekolah di seluruh negara telah menyertai pertandingan Kotex She Can Fund edisi 2021/2022. Kali ini, geran yang dianugerahkan akan digunakan untuk menjadikan sekolah lebih kondusif untuk pelajar perempuan. YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melancarkan majlis penyerahan cek daripada Kotex kepada 10 sekolah berkenaan antaranya Menurut Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Arvind Iyer, yang menyerahkan cek kepada 10 orang guru pada hari ini, geran yang diberikan akan digunakan untuk pelbagai inisiatif meningkatkan daya tahan akademik dan emosi dalam kalangan pelajar perempuan. “Inisiatif- inisiatif ini termasuklah program-program bengkel dan ceramah bertuj...