Awesome Friendship Dengan Samsung Galaxy A34 5G
Reka bentuk dan kualiti binaan Galaxy A34 5G tahun ini sedikit berbeza dengan Galaxy A33 5G tahun lepas. Pilihan rona warna yang lebih menarik dan ceria memang sesuai dengan zaman trendy and minimalis sekarang ni!
Reka bentuk Galaxy A34 5G ni hampir serupa dengan Samsung S23 yang hanya mempunyai 3 “mata” kamera sahaja dibahagian belakang, permukaan yang “smooth” tanpa sebarang kesan cap jari boleh dilihat. Hasil kemasan bingkai matte di bahagian belakang A34 menunjukkan bahawa ianya dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Malah, prestasi Galaxy A34 5G ni pula dilengkapi dengan cipset Exynos 1380, 8GB RAM dan storan yang lebih besar iaitu 128GB dan 256GB berbanding dengan A33 5G sebelum ini.
Paparan skrin Galaxy A34 5G ini adalah 6.6-inci
FHD+ Super AMOLED yang lebih besar dan kadar penyegaran 120Hz yang telah dipertingkatkan
dan lebih hebat. Dari segi ketahanan pula, ia
datangkan dengan Penarafan IP daripada IP67. Kalis air dan habuk itu yang
penting! Maklumlah, sekarang ni musim hujan. Bila hujan je, hati gelisah weii
kalau telefon terkena air tiba-tiba terus tak boleh pakai....
Next, kamera Galaxy A34 5G ni
mempunyai tiga lensa kuad kamera disusun di bahagian belakang telefon. Tetapi,
kebanyakan telefon pintar yang lain hanya mampu menggunakan 2 lensa kuad kamera
sahaja.
Keistimewaan
kamera Galaxy A34 5G ini ialah lensa kamera utamanya. Gambar yang sangat hebat
dapat diambil dengan menggunakan kamera sudut utama dan ultralebar -nya. Takuk
Infinity-U juga digunakan sebagai kamera hadapan di bahagian atas skrin.
Seterusnya,
Galaxy A34 5G didatangkan dengan pengalaman UI Samsung One yang penuh dengan menggunakan
versi terkini One UI 5.1, anda benar-benar boleh menikmati segala-galanya macam
‘first class’ dari segi perisian dan ciri ekosistem. Utamanya disini, aplikasi
pengoperasian Android 13 dah dilengkapkan sekali tanpa perlu fikir lagi dah, “phone
ni dah update yang latest ke?”
Kemudian, jangka hayat bateri
adalah antara perkara yang pasti ditanya-tanya oleh pengguna telefon pintar. Sekarang
ni semuanya di hujung jari!
Bateri 5,000mAh di dalam Galaxy
A34 5G ini boleh bertahan kira-kira 11 jam jika anda “heavy user” dan mampu
bertahan sehingga 2 atau 3 hari tanpa perlu cas.
Akhir sekali, fungsi “Link to Windows”
perkara yang sangat best untuk berinteraksi ketika menggunakan 2 peranti yang berbeza. Kesemua storan, fail atau dokumen yang diperlukan pada
skrin computer boleh diakses dengan lebih cepat melalui skrin computer kita
tanpa sebarang wayar diperlukan.
Misalnya, kalau nak layan movie atau ada Zoom meeting guna telefon,
screen mirroring kan aje terus boleh tengok daripada komputer dengan skrin yang
lebih besar. Terutamanya kepada para gamers yang bermain di telefon tetapi
memaparkan skrin permainan video tersebut di komputer mereka. Kesimpulannya, urusan
atau tugas dalam menyiapkan kerja kita sama ada menaip atau bermain game akan
lebih besar skrinnya, lebih mudah dan lebih teratur.