F&N Lancarkan Biar Ori, Baru Sempoi!
F&N Beverages Marketing Malaysia Sdn Bhd, salah satu pengeluar dan pengedar minuman terbesar melancarkan F&N Teh Tarik dalam format terbaru. F&N Teh Tarik di dalam tin selain botol yang boleh dibawa ke mana-mana.
Terbaru, satu kempen iaitu ‘Biar Ori, Baru Sempoi’
dianjurkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama ini.
Kempen ‘Biar Ori, Baru Sempoi’ juga menampilkan video dan lagu tema baru yang khas dinyanyikan
oleh MK K-Clique.
Selain itu, kempen ini bertujuan untuk menarik
perhatian generasi muda Malaysia dengan cara yang ceria lagi bertenaga dan
mengujakan.
Dengan cara ini, mereka boleh menikmati Teh Tarik kegemaran kebanggaan masyarakat Malaysia pada bila-bila masa tidak dikira dimana berada.
F&N Teh Tarik yang dikeluarkan pada awalnya semasa kemuncak pandemik 2020. Tujuan F&N Teh Tarik dikeluarkan dan dicipta untuk mereka yang merindukan ‘rasa teh tarik mamak’ sebenar.
Bagi meneruskan momentum dengan generasi muda Malaysia, kami melancarkan kempen baru ini.
Melambangkan rasa asli adalah yang terbaik. Memastikan
F&N Teh Tarik tersedia dan mudah didapati sambil dinikmati oleh semua pada
bila-bila masa, tidak kira dimana,”
-kata Tiffany Tan, Ketua Bahagian Pemasaran Jenama Tenusu,
F&N Dairies – F&N Beverages Marketing Sdb Bhd.
Ini adalab betul dan bukan tipu-tipu tau! Akan ada mesin layan
diri interaktif yang unik di kawasan transit utama di Malaysia untuk memudahkan
orang ramai mendapat Teh Tarik secara PERCUMA
F&N Teh Tarik ORI dan Kurang Manis akan dilancarkan di
Malaysia Timur bermula bulan mei sebagai usaha untuk meluaskan lagi
penawarannya kepada semua rakyat Malaysia.
Yang ORI ‘dibrew’ menggunakan krimer pekat manis F&N dan
teh asli memberikan Teh Tarik sejuk rasa mantap dan asli. Dicipta untuk
dinikmati bila-bila masa tidak kira dimana.
Sesuai untuk diminum selepas seharian berkerja mahupun
semasa bersama dengan kawan-kawan. Boleh didapati dalam 2 variasi iaitu ORI dan
Kurang Manis sama ada botol mahupun tin.