SAMBUT 30 TAHUN, AL-IKHSAN SPORTS TERUS MENDOMINASI PASARAN BARANGAN SUKAN MALAYSIA
Al-Ikhsan Sports bermula dengan operasi mikro di mana pada tahun 1993, pengasasnya, Tuan Haji Ali Hassan telah membuka kedai pertamanya di Holiday Plaza, Johor Bahru. Dengan pengalaman yang agak perit ketika meminta diskaun bagi sepasang but bola Lotto, beliau berazam menjadikan perniagaan ini sebagai satu usaha membantu rakyat Malaysia bagi mendapatkan barangan yang berkualiti dengan harga mampu milik.
Al-Ikhsan Sports telah menerima pelbagai pengiktirafan lokal serta antarabangsa untuk operasi cemerlang sepanjang 30 tahun beroperasi. Antara pengiktirafan yang diterima adalah “World Branding Awards – Brand of the Year 2019-2020 dan 2022 Wolrd’s Best Emerging Brand Award.”
Selain bekerjasama dengan pelbagai jenama antarabangsa seperti adidas, Nike, Puma, Messi, Liverpool FC, UMBRO Harimau Malaya dan Lotto, Al-Ikhsan Sports turut mempunyai jenama tersendiri yang telah diperkenal pada tahun 1994. AL Sports memfokuskan produk gaya hidup serta sukan pada harga yang mesra rakyat dengan kualiti yang terbaik.
Al-Ikhsan Sports juga aktif dalam penajaan sukan khususnya bola sepak, di mana peruncit sukan terbesar negara itu telah menaja Liga M4 Liga Bola Sepak Amatur dalam memupuk semangat dan bakat dari peringkat akar umbi. Selain itu, beberapa kelab bola sepak turut menerima tajaan jersi. Antara lain, Terengganu FC, Sabah FC dan Kedah FC. Al-Ikhsan Sports berikrar untuk menyokong bukan sahaja bola sepak tetapi juga sukan lain seperti ragbi. Terlibat dalam menaja pasukan Ragbi Malaysia (MRU) telah mempamerkan usaha dan minat Al-Ikhsan Sports yang sentiasa ada.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT KEPADA MASYARAKAT
Al-Ikhsan Sports terlibat secara aktif dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di mana terdapat dua tunggak utama yang diberi tumpuan iaitu pendidikan dan sumbangan.
Bagi pendidikan, Al-Ikhsan Sports memfokuskan kepada forum Keusahawanan dalam kalangan pelajar di kolej tempatan dan membantu ibu tunggal, orang kurang upaya dan warga emas berada di bawah tunggak sumbangan. Pasukan ini juga telah memenuhi keperluan kanak- kanak yang kurang bernasib baik dalam kempen seperti Kembali ke Sekolah dan mengagihkan "Qurban" kepada keluarga yang memerlukan. Setiap tahun, hampir 50,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada program CSR Al-Ikhsan Sports.
“PENGALAMAN SUKAN PALING HEBAT”
Bermula Julai 2023, rakyat Malaysia akan disajikan dengan sebuah kempen “PENGALAMAN SUKAN PALING HEBAT” di mana dengan hanya pembelian serendah RM100, akan melayakkan pelanggan untuk memenangi hadiah bulanan dan hadiah-hadiah utama yang cukup lumayan.
Berkonsepkan lebih banyak anda belanja, lebih besar peluang untuk menang, peraduan ini akan berlangsung selama 9 bulan. Berbelanja sepanjang 9 bulan ini, dan perbelanjaan terkumpul yang paling banyak akan diangkat sebagai pemenang.
Bersempena sambutan ulangtahun yang ke 30 ini, Al-Ikhsan Sports turut mengeluarkan edisi khas produk seperti jersi, botol air dan beg wocen yang berharga RM29.99 RM9.99 dan RM3.99 yang boleh dijadikan tanda mata daripada syarikat itu.
Al-Ikhsan Sports lahir daripada sebuah idea. Idea bahawa barangan sukan dan sukan tidak boleh kekal dengan segelintir golongan elit dan MESTI dijadikan mampu milik dan boleh beliaukses oleh semua peringkat. Pemikiran ini berdasarkan misi kami "Menjadikan Malaysia Cergas dan Aktif dengan menjadikan sukan mampu milik untuk semua".
Kebanyakan orang akan menerima keadaan ini seadanya, tetapi seorang usahawan pula sentiasa melihat peluang di mana orang lain tidak! Maka bermulalah kisah Al-Ikhsan Sports. Bayangkan jika beliau mendapat but saiznya dengan mudah! Tidak akan ada Al-Ikhsan Sports hari ini.
Daripada ruang kecil seluas 150 kaki di Holiday Plaza, Johor Bahru yang menjual but dan barangan bola sepak kini berkembang kepada 180+ buah kedai! Al-ikhsan telah mengorak langkah jauh dalam 30 tahun ini!
Bak kata seseorang yang terkenal,
'Saya mengambil masa 30 tahun untuk menjadikan sebuah kejayaan itu semalaman".
Ia adalah kisah yang sama untuk Al-Ikhsan Sports.
EN. VACH PILLUTLA
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, AL-IKHSAN SPORTS SDN. BHD.
Ikuti akaun media sosial rasmi Al-Ikhsan Sports, untuk mengetahui informasi terkini serta terma serta syarat peraduan. Anda juga layari laman e-dagang Al-Ikhsan Sport di www.al-ikhsan.com untuk pengalaman pembelian hujung jari yang mudah. Jangan lupa untuk rebut tawaran hadiah bernilai lebih daripada RM200,000 kepada pelanggan bertuah!