SELERA WARISAN KAMPUNG TEMA BUFFET RAMADAN WORLD TRADE CENTRE KL

SELERA WARISAN KAMPUNG TEMA BUFFET RAMADAN WORLD TRADE CENTRE KL

Kesemua hidangan istimewa ini akan disediakan oleh team Briged Kulinari yang diketuai oleh Cef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih yang pakar dalam menyediakan menu-menu yang enak dan pastinya menggoda deria mata serta deria rasa mereka yang berbuka puasa di di sini.




Briged Kulinari WTCKL juga akan menyediakan hidangan LIMA rotasi menu seperti Ikan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Daun Selasih, Daging Masak Hitam Dengan Cili Benggala, Sotong Kembang Masak Sambal Kacang Tanah, Ayam Goreng Masak Santan Berlada, Ketam Masak Kam Heong dan Daging Tetel Masak Kalio.



Namun yang pastinya, atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati untuk menampilkan kembali “Nasi Kandar Saddam” yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan dihidang bersama telur rebus dan pilihan sayur-sayuran.


Tidak dilupakan hidangan paling popular di WTCKL yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah, Aneka Kerabu, Kambing Panggang Bersama Sos Lada Hitam dan banyak lagi.



Bufet Ramadan Selera Warisan Kampung akan berlangsung dari 13 Mac hingga 8 April 2024 di ruang makan eksklusif yang terletak di Aras 2, Legar Putra, beroperasi setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam.



Promosi Early Bird akan dijual pada harga RM108 net seorang, manakala harga asal bufet ramadan “Selera Warisan Kampung” adalah RM128 nett seorang untuk dewasa dan RM73 nett seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Baucar pembelian awal boleh dibeli:

Nikmati kemudahan berbuka puasa

WTCKL turut menawarkan kemudahan ruang solat khusus di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk di lokasi dan Imam untuk mengetuai solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih.

Caj tempat letak kereta sepanjang bulan ramadan (12 Mac 2024 – 9 April 2024) adalah RM 12 nett pada kadar rata, kemasukan dari waktu pagi dan RM 5 nett pada kadar rata untuk kemasukan selepas jam 5 petang.


Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!