Posts

Showing posts from July, 2024

TOSHIBA SALES & SERVICES NAIK TARAF BILIK PAMERAN

Image
Toshiba Sales & Services telah mengumumkan pelancaran bilik pameran yang baru sahaja dinaik taraf.  Naik taraf bilik pameran dengan pelaburan RM500,000 menunjukkan komitmen TSS untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa dengan kemudahan terkini. Inovasi terkini Toshiba kini tersedia di bilik pameran mereka yang baru sahaja diubah suai.  Produk inovasi terbaharu Toshiba kini mempamerkan peti sejuk slot-masuk inovatif Gaya JAPANDi; mesin basuh; mesin basuh pinggan mangkuk; serta pemanas air dan peralatan rumah kecil seperti ketuhar gelombang mikro, ketuhar pembakar roti, periuk nasi dan cerek. Kempen terbaru Beyond Details Beli & Menang yang dinanti-nantikan. Bermula 1 Ogos 2024 hingga 15 Januari 2025. Dimana pemenang berpeluang untuk memenangi Lexus ES250 Premium bernilai RM350,000 hanya dengan membeli produk Toshiba. “Kempen Beyond Details Beli & Menang kami adalah yang teerbesar untuk kami memberi kembali kepada pelanggan yang luar biasa yang...

Nestlé Koko Krunch dan KPM Berkolaborasi, Cetuskan lmaginasi Kanak-Kanak dengan Pendidikan Seni dan Kraf yang Menyeronokkan

Image
Nestlé Koko Krunch dan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi yang bertujuan untuk memperkayakan pendidikan seni dan kraf bagi kanak-kanak sekolah Malaysia.  Inisiatif ini menekankan komitmen mereka untuk memupuk kreativiti dan imaginasi melalui program pendidikan, sekaligus membantu memupuk bakat masa depan. Kerjasama ini juga menampilkan sokongan Nestlé Koko Krunch buat Pertandingan Seni Kraf Kolaj Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan, sebuah program pembangunan dan kecemerlangan seni visual yang direka untuk mencungkil bakat pelajar sekolah rendah dalam seni visual dari usia muda. Kami amat teruja dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memperkasa kanak-kanak melalui seni dan kraf,' kata Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Cereal Partners Worldwide Malaysia Singapura.  "Kami percaya akan kuasa transformatif keceriaan...

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Image
Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti popular E-Sukan dan media sosial, Soloz atau nama sebenarnya Muhammad Faris Bin Zakaria, serta XK Penjahat atau nama sebenarnya Sofian Bin Sultan. Kedua-dua personaliti ini digelar sebagai maharaja dalam dunia Esports di Malaysia. Dark System Series turut memperkenalkan tiga produk minuman baru yang pasti akan memikat hati para peminat Kopi Saigon dan peminat kedua-dua figura terkenal ini. Antara produk-produk tersebut adalah: Dark Fighter (Vanilla Choco) - Harga Jualan RM10  Dark Assassin (Apple Passion) - Harga Jualan RM11 Dark Mage (Milky Peach Passion) - Harga Jualan RM12 Hal ini menandakan satu langkah besar Kopi Saigon untuk memperluaskan jenama Kopi Saigon kepada pasaran yang lebih luas. Produk-produk minuman ini akan mula dijual pada 27 Julai 2024 dan boleh didapati di mana-mana outlet Kopi Saigon di seluruh Malaysia. Lokasi ( kopisaigon.com/lokasi )...

PELANCARAN BINTANG JALANAN KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN

Image
Satu album kompilasi bertajuk " BINTANG JALANAN KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN " telah  diterbitkan menampilkan 5 pemuzik jalanan berbakat dan perah menempa nama dalam sirkit muzik tempatan iaitu   AMMAL (Naib Juara AF 2016) , AMIR (Mentor) , ISLAH (All Together Now) ,YONE (diantara Buskers terbaik Penang ) dan NAN BLUES ( salah seorang OTAI Buskers Malaysia )   . Tercetus idea asal penghasilan rakaman ini adalah cetusan penerbitnya,  AMAD  pada saat semuanya di “kurung" ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diusulkan kepada rakan-rakan "buskers" terlibat.  10 karya baru didalam pelbagai jalur genre seperti folk, blues, reggae dan lain - lain ini adalah album yang mendapat dana di bawah Program Pembiayaan Muzik Independen CENDANA. Proses penerbitan muzik  di dalam album ini bermula dengan susunan muzik dan dirakamkan secara profesional dari semua aspek rakaman sehinggalah ke adunan akhir. Album ini yag  menampilkan 5 pemuzi...

PERSATUAN HOTEL BAJET & BISNES MALAYSIA BEKERJASAMA DENGAN VENDFUN SDN. BHD. UNTUK MEMACU INOVASI HOTEL PINTAR DI MALAYSIA

Image
Kerjasama strategik dengan Vendfun Sdn. Bhd , sebuah syarikat penyedia teknologi hospitaliti di Malaysia. Persefahaman ini telah dilaksanakan melalui suatu Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani hari ini, bertujuan untuk meningkatkan kemajuan teknologi dan mempromosikan inisiatif hotel pintar dalam industri hospitaliti di Malaysia. MOU ini bertujuan untuk mengadakan kerjasama antara MyBHA dan Vendfun, bagi menandakan suatu langkah permulaan ke arah pembangunan hotel pintar. Kedua-dua pihak berkongsi visi yang sama untuk memanfaatkan teknologi canggih dalam merevolusikan sektor hospitaliti, meningkatkan pengalaman tetamu, dan memperbaiki kecekapan operasi. OBJEKTIF UTAMA MOU 1. Pembangunan dan Promosi Hotel Pintar MyBHA dan Vendfun akan bekerjasama untuk membangunkan dan mempromosikan konsep hotel pintar di Malaysia. Inisiatif ini merangkumipengenalan teknologi canggih terkini yang boleh mengubah operasi hotel tradisional kepada pengalaman yang pintar, cekap, dan mesra ...

‘UMRAH NISA’ SANTUNI JEMAAH WANITA SECARA EKSKLUSIF BERSAMA PENGARUH TERKENAL

Image
Majlis pelancaran pakej Umrah Nisa dan majlis menandatangani memorandum kerjasama dengan dua pengaruh media sosial wanita iaitu Izzati Elya dan Hazwani Che sebagai ikon dakwah Persada Global Holidays selain dari Datin Diyana Halik. Nama “Nisa’” diambil daripada Surah An-Nisa’ dalam Al-Quran, surah keempat yang bermaksud “Wanita”. Surah ini menekankan kepentingan wanita dalam Islam, hak-hak mereka, serta peranan penting mereka dalam membangun keluarga dan masyarakat. Pakej Umrah Nisa Persada Global Holidays ini amat sesuai untuk wanita yang bekerjaya iaitu individu yang sibuk dengan kerjaya dan mencari waktu untuk merenung, mencari keberkatan rezeki dan memperkuatkan iman serta hubungan dengan Allah, isteri yang ingin menenangkan diri iaitu wanita yang ingin mencari ketenangan dan melepaskan diri dari rutin harian dengan mendedikasikan masa untuk ibadah dan refleksi diri, pelajar atau wanita muda iaitu individu muda yang ingin memperkaya pengetahuan agama dan mendapatkan pengalaman roha...