‘UMRAH NISA’ SANTUNI JEMAAH WANITA SECARA EKSKLUSIF BERSAMA PENGARUH TERKENAL

Majlis pelancaran pakej Umrah Nisa dan majlis menandatangani memorandum kerjasama dengan dua pengaruh media sosial wanita iaitu Izzati Elya dan Hazwani Che sebagai ikon dakwah Persada Global Holidays selain dari Datin Diyana Halik.

Nama “Nisa’” diambil daripada Surah An-Nisa’ dalam Al-Quran, surah keempat yang bermaksud “Wanita”. Surah ini menekankan kepentingan wanita dalam Islam, hak-hak mereka, serta peranan penting mereka dalam membangun keluarga dan masyarakat.

Pakej Umrah Nisa Persada Global Holidays ini amat sesuai untuk wanita yang bekerjaya iaitu individu yang sibuk dengan kerjaya dan mencari waktu untuk merenung, mencari keberkatan rezeki dan memperkuatkan iman serta hubungan dengan Allah, isteri yang ingin menenangkan diri iaitu wanita yang ingin mencari ketenangan dan melepaskan diri dari rutin harian dengan mendedikasikan masa untuk ibadah dan refleksi diri, pelajar atau wanita muda iaitu individu muda yang ingin memperkaya pengetahuan agama dan mendapatkan pengalaman rohani yang akan memberi panduan dalam hidup. 

Wanita yang baru berhijrah iaitu mereka yang baru berhijrah dan ingin memperkukuh iman serta mendapat bimbingan dan sokongan dari ikon-ikon yang berpengalaman dan akhir sekali kelompok ibu rumah tangga iaitu wanita yang mengurus rumah tangga dan ingin mengambil masa untuk diri sendiri, mencari kedamaian dan kekuatan melalui ibadah umrah.

Ustaz Muhammad Mursyid bin Muhamad Yusoff yang merupakan Pengurus Besar Persada Global Holidays dan Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi yang dikenali dengan nama komersial, PU Abu yang merupakan pembimbing mutawif merangkap pegawai pelarasan operasi umrah menjelaskan bahawa program umrah kali ini dikenali sebagai Umrah Nisa 3.0 kerana program ini telah bermula sekitar 2018 yang bermula dengan penglibatan isteri Dato Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik. 

Tujuan utama program ini adalah perkongsian ilmu sambil membuat lawatan dan memberikan keselesaan kepada jemaah wanita yang tidak selesa dengan kehadiran jemaah lelaki di dalam kumpulan umrah. Beliau menambah, program ini membolehkan jemaah wanita tidak ada rasa malu dan boleh berkongsi, bercakap, bergurau dan bertanya sesama mereka sahaja

Antara kelebihan Pakej Umrah Nisa Persada Global Holidays antaranya adalah aktiviti tambahan & freegift diari eksklusif agar dapat memperdalam ilmu agama dan spiritual melalui kelas tajwid, tafsir quran, tadabbur sirah srikandi dalam quran, serta pengalaman qiyamulail bersama, dan seterusnya dapat menulis pengalaman tersebut di dalam diari yang disediakan, keduanya keselesaan dan keselamatan dimana pakej ini menawarkan penginapan yang selesa di hotel-hotel berkualiti & dekat seperti Hotel Safwa dan Hotel Mirage As Salam, serta penerbangan premium dengan Amal by Malaysia Airlines & Saudi Airline.

Mutawifah berpengalaman juga akan memastikan perjalanan anda berjalan lancar dan selesa dan kelebihan ketiga adalah komuniti dan sokongan sesama wanita yang memberi peluang untuk berinteraksi dengan komuniti wanita yang mempunyai minat yang sama dalam aspek penghijrahan, keagamaan dan rohani.

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!