PELANCARAN BINTANG JALANAN KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN

Satu album kompilasi bertajuk "BINTANG JALANAN KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN" telah diterbitkan menampilkan 5 pemuzik jalanan berbakat dan perah menempa nama dalam sirkit muzik tempatan iaitu AMMAL (Naib Juara AF 2016) , AMIR (Mentor) , ISLAH (All Together Now) ,YONE (diantara Buskers terbaik Penang ) dan NAN BLUES ( salah seorang OTAI Buskers Malaysia ) .

Tercetus idea asal penghasilan rakaman ini adalah cetusan penerbitnya, AMAD pada saat semuanya di “kurung" ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diusulkan kepada rakan-rakan "buskers" terlibat. 


10 karya baru didalam pelbagai jalur genre seperti folk, blues, reggae dan lain - lain ini adalah album yang mendapat dana di bawah Program Pembiayaan Muzik Independen CENDANA.


Proses penerbitan muzik di dalam album ini bermula dengan susunan muzik dan dirakamkan secara profesional dari semua aspek rakaman sehinggalah ke adunan akhir. Album ini yag menampilkan 5 pemuzik jalanan berbakat telah mendapat sentuhan penyanyi dan pemuzik hebat, OJA.



Meskipun album ini agak komersial , saya memastikan vibe dan “ethic" buskers tetap terjaga baik dari segi muzik, karektor dan konsep keseluruhan namun tetap mempunyai unsur pop semasa agar lanya mudah diterima ramai. Buskers bukan sekadar muzik, tapi juga “attitude"' ujar Amad selaku penerbit

Majlis pelancaran album ini diadakan di Program Santai Seni@TAR oleh beberapa dif kehormat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Dato Ito Blues Gang serta Dato Freddie Fernandez. 

Info Program Santai Seni@ TAR

Program Santai Seni@TAR merupakan program anjuran DBKL khusus untuk seniman jalanan pada minggu ke 2 dan ke 4 setiap bulan sepanjang jalan Esfahan hingga jalan Melayu. Pelbagai hiburan santai disediakan secara percuma seperti persembahan muzik , pelukis, maskot, tarian, pertandingan permainan tradisional dan lain-lain diadakan disini. 

Tempat ini juga bakal dijadikan hub bagi pelbagai program seperti pelancaran album dan produk yang bersesuaian. Pihak kami amat mengalu-alukan semua untuk menjadirakan strategik melaksanakan program disini dan kami menyediakan secara percuma tapak ini bagi yang ingin terlibat. Sebarang cadangan boleh email ke santaiseni00@gmail.com atau FB santai seni at TAR. 

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!

FIESTA BELIA MERDEKA 2024 BERSAMA HARI ROCK NEGARA MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME