TOSHIBA SALES & SERVICES NAIK TARAF BILIK PAMERAN
Toshiba Sales & Services telah mengumumkan pelancaran bilik pameran yang baru sahaja dinaik taraf. Naik taraf bilik pameran dengan pelaburan RM500,000 menunjukkan komitmen TSS untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa dengan kemudahan terkini.
Inovasi terkini Toshiba kini tersedia di bilik pameran mereka yang baru sahaja diubah suai.
Produk inovasi terbaharu Toshiba kini mempamerkan peti sejuk slot-masuk inovatif Gaya JAPANDi; mesin basuh; mesin basuh pinggan mangkuk; serta pemanas air dan peralatan rumah kecil seperti ketuhar gelombang mikro, ketuhar pembakar roti, periuk nasi dan cerek.
Kempen terbaru Beyond Details Beli & Menang yang dinanti-nantikan. Bermula 1 Ogos 2024 hingga 15 Januari 2025. Dimana pemenang berpeluang untuk memenangi Lexus ES250 Premium bernilai RM350,000 hanya dengan membeli produk Toshiba.
“Kempen Beyond Details Beli & Menang kami adalah yang teerbesar untuk kami memberi kembali kepada pelanggan yang luar biasa yang telah menyokong kami selama ini.
TSS sangat teruja untuk menawarkan mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat sebagai tanda penghargaan kami. Tulus di atas kesetiaan dan kempen ini adalah cara untuk menunjukkan rasa terima kasih kami”.
“Pelaburan RM500,000 dalam menaik taraf bilik pameran TSS adalah bukti dedikasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di Malaysia. Kami mahu pelanggan kami merasai produk berkualiti tinggi Toshiba dari saat mereka memasuki bilik pameran kami”
“TSS kekal teguh dalam komitmennya untuk menyediakan pengalaman terbaik untuk penggunanya. Kami akan terus bekerja tanpa jemu ke arah inovasi dan kecemerlangan. Memastikan produk dan perkhidmatan kami melebihi jangkaan pelanggan dan menetapkan piawaian industri baharu,” katanya Pengurus Besar TSS, En. Desmond Chong.
Pada hari yang sama, TSS turut melancarkan Kempen Sama-Sama Gemilang yang berlangsung dari 1 Ogos 2024 hingga 30 September 2024. Semasa kempen ini, pengguna yang membeli barangan terpilih yang terdiri daripada peti sejuk, mesin basuh, pengering atau mesin basuh pinggan mangkuk, ada kejutan.
Dengan hanya harga RM1 menerusi tawaran Pembelian Menerusi Pembelian (PWP), mereka layak membeli pembakar roti elektrik atau pengisar terbaharu daripada Toshiba yang harga asalnya bernilai RM150++.
Selain itu, TSS baru-baru ini telah menamatkan Kempen Sama-Sama Raya, Sama-Sama Gembira. Di mana jongkong emas halus 999.9 bernilai RM10,000 telah disampaikan kepada seorang pemenang hadiah utama. Bar emas halus 999.9 bernilai RM1,000 hingga 10 pemenang bertuah.