Butik Haqqi Hab Produk Ibadah Haji dan Umrah
Haqqi menjadi peneraju dan hab produk ibadah Haji serta Umrah mampu milik yang terbesar di negara ini merupakan kerjasama di antara Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dengan Glass Go Media selaku rakan niaga dan pakar teknologi maklumat. Usahasama ini bermula dengan portal membeli-belah dalam talian pada platform haqqi.com.my. Pada akhir Disember 2016, Haqqi telah membuka butik fizikal pertama mereka di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Cawangan pertama Butik Haqqi yang dibuka pada Disember 2016
Kini Haqqi telah memiliki 4 cawangan untuk menampung keperluan dan kehendak pelanggan mereka.
Menawarkan segala jenis produk bagi persiapan anda mengerjakan ibadah Haji dan Umrah
Cawangan pertama Butik Haqqi yang dibuka pada Disember 2016
Kini sudah melangkaui 1 tahun setengah, Haqqi telah mempunyai tambahan 3 cawangan lagi di Bangi Sentral, Taman Tun Dr. Ismail dan Kuala Terengganu.
Kini Haqqi telah memiliki 4 cawangan untuk menampung keperluan dan kehendak pelanggan mereka.
Butik Haqqi kini bukan sekadar menawarkan kelengkapan untuk ibadah Haji dan Umrah, bahkan juga menawarkan produk lain seperti fesyen pakaian (lelaki, wanita & kanak-kanak), barangan kosmetik, barangan kesihatan, beg serta kasut daripada lebih 14 jenama.
Para artis dan selebriti tanahair juga menempatkan fesyen jenama mereka di sini seperti Owl by Nora Danish, Dara By Fathia Latiff, El by Elfira Loy dan Izzuexclusive, RTW by NurSajat, Adelle, Al Amein, Ameera Zaini dan banyak lagi.
Telekung Haqqi
![]() |
Telekung dengan corak motif bunga |
![]() |
berkelim dengan tona warna berbeza |
![]() |
pilihan warna lembut yang menarik |
Selain harga yang mampu milik, Haqqi menawarkan telekung wanita yang pelbagai baik dari segi jenama, material fabrik, tona warna, corak hiasan dan juga saiz mengikut peringkat umur.
![]() |
Telekung dengan corak sulam
Ini baru sahaja cerita pasal telekung, ada banyak lagi untuk seisi keluarga. Pilih sahaja mengikut citarasa dan bajet anda. Yang pastinya, anda tidak akan pulang dengan kecewa.
Kedai Dalam Talian (Online)
Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk ke butik Haqqi ini, anda masih lagi boleh mendapatkan jenama pilihan anda melalui kedai dalam talian mereka. Lebih mudah dan hanya di hujung jari samada menggunakan telefon bimbit, tablet mahupun komputer dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa.
Dari masa ke semasa, mereka akan mengadakan jualan penghabisan stok dan harganya memang terbaek. Jadi untuk tidak lepaskan peluang itu, ikuti mereka di media sosial berikut:
INSTAGRAM: www.instagram.com/haqqi.com.my
FACEBOOK: www.facebook.com/haqqi.com.my
TWITTER: twitter.com/my_haqqi
|