Baju Raya Terbaik Dari Jakel! #JakelBarulahRaya




Kempen Jakel Barulah Raya di Wisma Jakel Shah Alam menawarkan pelbagai promosi menarik termasuklah lelongan baju sehingga 85% diskaun. Selain itu, Jakel Shah Alam juga menawarkan 100 pasang baju melayu secara PERCUMA kepada pelanggannya yang terawal.

Memang meriah! Tidak hairanlah pada pagi Ahad 20 Mei 2018, begitu ramai pelanggan sudah berkumpul di hadapan bangunan Jakel Shah Alam bagi merebut pelbagai tawaran yang telah disediakan kepada pelanggannya.

Selain itu, antara sebab kenapa begitu ramai pelanggan yang hadir pada hari tersebut di Jakel Shah Alam ialah dengan kehadiran duta-duta  Jakel untuk tahun ini. Antaranya seperti Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Lara Alana, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar, Harith Iskandar dan juga Upin & Ipin.

Duta-duta Jakel Barulah Raya
Pastinya apabila Dee yang ditugaskan menjadi pengacara diatas pentas memang ceria suasananya. Apatah lagi kehadiran Nabil dan Harith Iskandar yang begitu sinonim dengan dunia lawak di Malaysia. Senda gurauan dan saling berkongsi cerita didalam majlis berkonsepkan sembang santai.
Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah
Salah satu tanggungjawab sosial Jakel untuk melibatkan aktiviti kemasyarakatan (CSR) iaitu membantu penduduk setempat yang memerlukan bantuan apatah lagi di musim perayaan ini.

Untuk pengetahuan semua Jakel kini boleh dikatakan sebagai "One Stop Centre" yang mana telah menawarkan pelbagai barangan yang bukan hanya fokus kepada pakaian, bahkan pelanggan juga boleh mendapatkan langsir dan sebagainya. 

Apa yang menariknya ialah berbelanja di Jakel  akan dapat rasakan 'sense of belonging' yang mana kita boleh dapatkan pelbagai jenis rekaan pakaian, warna dan saiz dari koleksi pelbagai selebriti Malaysia yang cukup dikenali ramai. Dan tidak dinafikan rekaan baju di Jakel memang mengikut peredaran zaman sekarang. Dengan pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi, pengggunaan warna yang bersesuaian serta perincian yang sangat kemas dan rapi. Ternyata gabungan ini menjadikan pemakai lebih berpersonaliti dan bergaya.
Upin & Ipin
Upin Ipin in the house! Pastinya pakaian koleksi kanak-kanak dari label ini sangat dinanti-nantikan untuk si cilik. Dengan setiap pembelian baju melayu upin ipin akan diberikan sampin dan juga butang baju melayu yang cantik.
Selain Upin Ipin, terdapat juga baju melayu di bawah label Yusuf Iskandar dan baju kurung kanak-kanak dibawah label Lara Alana.
Paling best di waktu majlis lelongan jualan "Happy Hour", yang mana duta Jakel ini sendiri yang beria mempromosikan pakaian dibawah label nama mereka. Memang harga runtuh!!
 Bayangkan dari harga beratus-ratus boleh jatuh pada harga RM150, RM100 dan ada yang bawah RM100.
Pakaian raya di Jakel menawarkan pakaian yang berkonsepkan kekeluargaan. Contohnya kalau kita nak pakai sedondon dari segi warna dan rekaan bersama anak, memang mudah mendapatkannya di sini. Paling best sebab banyak betul pilihan warna dan rekaan yang ditawarkan. Jadi kita akan rasa puas dan mampu membuat pilihan yang terbaik buat keluarga. 
Antara koleksi berkonsepkan kekeluargaan seperti koleksi Schawalara (koleksi scha, awal dan lara) dan koleksi keluarga Hairul (koleksi Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan Yusuf Iskandar).
Koleksi kurta antara yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Untuk tahun ini koleksi kurta adalah dari label Hairul Azreen dan Awal Ashaari antara rekaan yang 'up-to-date' yang mana menggunakan kain fabrik cotton yang berkualiti tinggi, serta kekemasan yang terserlah di bahagian potongan leher dan bahu. Palinng 'cool' kurta ini juga didatangkan dengan detailing pocket dan butang pada sisi lengan. Ada puluhan jenis rekaan kurta dan juga variasi pilihan warna yang boleh dipilih.
Koleksi baju melayu Aaron Aziz untuk tahun ini telah memperkenalkan warna baru yang lebih segar iaitu warna hijau burung merak ataupun dikenali sebagai warna teal green. Manakala baju melayu Nabil Ahmad berkonsepkan rekaan kontemporari yang menekankan potongan slim fit dan juga kekemasan pada bahagian leher dan tangan. Warna yang bakal mendapat perhatian dari koleksi ini ialah warna merah hati.Koleksi baju melayu Aaron Aziz untuk tahun ini telah memperkenalkan warna baru yang lebih segar iaitu warna hijau burung merak ataupun dikenali sebagai warna teal green. Manakala baju melayu Nabil Ahmad berkonsepkan rekaan kontemporari yang menekankan potongan slim fit dan juga kekemasan pada bahagian leher dan tangan. Warna yang bakal mendapat perhatian dari koleksi ini ialah warna merah hati.
Untuk mereka yang plus size, bolehlah dapatkan koleksi Baju Melayu Harith Iskandar. Warna hangat yang pasti dicari oleh pelangan dari koleksi ini adalah warna yellow buttercup.Untuk makluman korang, harga baju melayu yang ditawarkan dari Jakel adalah serendah RM89 dan lebih. Dan setiap pembelian baju melayu didatangkan juga dengan sampin yang diberikan secara PERCUMA. Pelanggan juga boleh mendapatkan butang baju melayu disini. Mudahkan semuanya di bawah satu bumbung, kita boleh dapatkan terus set pakaian raya .

Koleksi baju kurung di JAkel kebanyakannya adalah baju kurung moden. Pelbagai rekaan menarik dan sememangnya cantik. Setiap koleksi baju kurung diberikan sentuhan esklusif pada setiap rekaannya. Baju kurung moden ini mensasarkan kepada golongan remaja sehingga dewasa. Sebagai contoh untuk koleksi Ayda Jebat didatangkan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini.
"Ingat Kain, Ingat Jakel"
Jom dapatkan koleksi raya anda di Jakel Shah Alam - memang berbaloi dengan kualitii dan rekaan pada harga yang cukup menarik!

Sosial Media Jakel Shah Alam:
https://www.facebook.com/jakelshahalam/
https://www.instagram.com/jakel_shahalam/

#JakelBarulahRaya

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!