2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR


Buat pertama kalinya, Kim Jae Hwan bakal berkunjung ke Malaysia sebagai artis solo sempena 2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR.

Sesi bertemu peminat Kim Jae Hwan dan peminatnya di Malaysia ini dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro sebagai rakan acara sokongan. Acara ini akan menjadi sesi bertemu peminat antarabangsa yang julung kali diadakan untuk Kim Jae Hwan dan peminat sejak debut solonya. 

Kim Jae Hwan adalah salah seorang penyanyi paling popular di Korea Selatan. Walaupun usianya masih muda, beliau mempunyai ramai peminat di seluruh dunia yang dikenali sebagai WIN:D.

Pengenalan Kim Jae Hwan

Image result for kim jae hwan fan meeting malaysia

Kim Jae Hwan yang juga dikenali sebagai Jaehwan dalam kalangan peminatnya di Korea Selatan kini
bernaung di bawah syarikat pengurusan Swing Entertainment.

Related image

Populariti Kim Jae Hwan mula meningkat naik apabila beliau meraih tempat keempat menerusi
rancangan realiti survival akhir, ‘Produce 101 Season 2’ di Mnet. Sewaktu pembabitan Jaehwan
dalam rancangan tersebut, beliau telah bersama kumpulan Wanna One sehinggalah ia dibubarkan
pada 27 Januari 2019.




Sejak kumpulan Wanna One dibubarkan, Jaehwan mula fokus pada debut solonya dan menulis lirik
lagu sendiri. Album solo sulung Jaehwan, ‘Another’ telah dilancarkan pada 20 Mei 2019 sekaligus
menerima sambutan luar biasa daripada peminat kesayangannya.


2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR

Kim Jae Hwan bakal menemui peminatnya di Malaysia pada 27 Julai 2019 di Stadium Tertutup
Malawati, Shah Alam tepat jam 6 petang.

Jadual Pembelian Tiket 2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR

12 Jun 2019  - 12pm  di www.macpieticketing.com


Tiket konsert dijual pada harga 
  • RM282 (Zon Ungu)
  • RM382 (Zon Kuning) 
  • RM482 (Zon Merah)
  • RM582 (Zon A) 
  • RM692 (Zon VIP).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web atau media sosial rasmi UnUsUaL Entertainment dan
MacpiePro.

UnUsUaL Entertainment
Laman web : www.unusual.com.sg/

MacpiePro
Laman web : www.macpiepro.com

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!