2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR

Hey Aroha! Cha Eun Woo bakal berkunjung ke Malaysia pada 27 Oktober 2019!


Buat pertama kalinya, Cha Eun-Woo bakal berkunjung ke Malaysia sempena 
2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR

Sesi bertemu peminat Cha Eun-Woo yang bakal dianjurkan pada 27 Oktober 2019 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, jam 6 petang itu adalah kesinambungan dari pelan Crazy 20 MacpiePro (anak syarikat Macpie Berhad).

Pengenalan Cha Eun-Woo

Image result for cha eun woo

Cha Eun Woo adalah seorang pelakon dan salah seorang ahli kumpulan Kpop popular di Korea
Selatan, ASTRO yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Fantagio Music Entertainment.

Image result for astro kpop

Beliau memulakan karier sebagai ahli kumpulan ASTRO pada tahun 2016 dan bergiat aktif menerusi
pelbagai bidang termasuk pengacaraan, duta produk dan banyak lagi.

Cha Eun-Woo juga membintangi beberapa drama dan web drama popular antaranya ‘To Be
Continued’, ‘Sweet Revenge’ and ‘Hit The Top’ by KBS 2TV.

Image result for my id is gangnam beauty eunwoo

Pada tahun 2018, Cha Eun-Woo membintangi watak utama dalam sebuah drama popular Korea
Selatan yang bertajuk "My ID is Gangnam Beauty" dan mendapat sambutan luar biasa. Susulan
cetusan fenomena itu, Cha Eun-Woo telah memenangi Anugerah Pelakon Rookie dan Anugerah
Bintang Hallyu pada Anugerah Drama Korea ke-11.

Image result for cha eun woo

Sejak itu, Cha Eun-Woo semakin dikenali dalam kalangan peminat Kpop sebagai seorang artis Korea yang serba boleh. Malah beliau juga kini membintangi sebuah drama bertajuk ‘Rookie Historian Goo Hae-ryung’ yang baharu ditayangkan baru-baru ini.

Jadual Pembelian Tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR

Pra-Jualan

  • 3 – 4 Ogos 2019 
  • 11am – 7pm 
  • Booth MacpiePro, Ekspo MMspot Experimental, Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley

HITS Plan

  • 3 – 4 Ogos 2019 
  • 11am – 7pm 
  • Booth Mcalls, Ekspo MMspot Experimental, Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley dan kedai gaya hidup digital Mcalls
Jualan Tiket Online




Tiket konsert dijual pada harga:

  • RM673 (Zon AROHA), 
  • RM543 (Zon Merah), 
  • RM453 (Zon Kuning),
  • RM363 (Zon Ungu) 
  • RM243 (Zon Hijau).


AROHA berpeluang mendapatkan poster autograf Cha Eun-Woo dengan pembelian tiket 2019 CHA
EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR di booth MacpiePro pada 3 & 4 Ogos 2019 dan hanya 60 orang sahaja akan dipilih menerusi cabutan bertuah!

Jangan lepaskan peluang mendaftar MMspot pada hari pra-jualan tiket untuk menebus 4 x EVP60 (e-baucar MacpiePro bernilai RM60) dan boleh digunakan serta-merta.

Mcalls Penaja Titanium 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR

Demi merealisasikan misi korporat “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro telah bekerjasama dengan
Mcalls untuk memperkenalkan “HITS” kepada penggemar muzik.

Menerusi kolaborasi strategik ini, peminat muzik berpeluang menikmati diskaun sehingga 30%
daripada harga asal tiket apabila mereka melanggan salah satu daripada tiga pelan tahunan
pascabayar “HITS Plan”.

Pelan prabayar ini disertakan dengan tawaran HITS yang membolehkan Fans menebus tiket 2019
CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR dengan tawaran hebat.

HITS Plan memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli 4 tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan
Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR dengan harga diskaun tetapi bersyarat.

Fans boleh membeli tiket pertama dengan 30% diskaun dan tiga lagi tiket tambahan sebanyak 10%
diskaun (Zon Merah RM543 sahaja) dengan jaminan kemasukan. Manakala Mcalls Fans boleh menaik taraf kepada HITS Plan dan menikmati tawaran hebat HITS.

HITS Plan boleh didapati di semua kedai gaya hidup digital Mcalls dan Ekspo MMspot Experimental, Dewan 3 di Pusat Pameran Mid Valley.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendaftar Mcalls HITS Plan, sila layari mcalls.asia atau
hubungi talian khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233 (Isnin - Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6
petang).

Sila layari laman web atau media sosial rasmi MacpiePro untuk maklumat lanjut.

MacpiePro
Laman web : www.macpiepro.com
Facebook : www.facebook.com/MacpiePro
Instagram : www.instagram.com/macpiepro

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!