9 Perkara Menarik Tentang Konsert Westlife 'The Twenty Tour'
Westlife kembali ke Malaysia selepas lebih dari
19 tahun. Pada yang lahir tahun 80-90an pasti ini adalah diantara kumpulan ‘boyband’
yang diminati. Kaset, CD dan buku lirik mesti adakan.
Kalau dulu Westlife ke sini tahun 2000 seramai XXXXX
peminat membanjiri stadium, untuk tahun ini dijangkakan lebih dari 10,000
peminat ye. Angka yang masuk akal kerana kumpulan yang popular bakal mengadakan
konsert ‘The Twenty Tour’ di Malaysia.
Ini dikongsikan 9 perkara menarik
yang berlaku sepanjang konsert mereka di sini!
- Jelajah terakhir untuk konsert kali ini iaitu ‘The Twenty Tour’ berlangsung selama 2 hari iaitu 8 dan 9 Ogos. Kenapa? kerana Westlife meraikan kejayaan 14 buah lagu yang menduduki tempat pertama dalam carta dan 20 tahun bersama sebagai Westlife!
- Percaya ke tidak dimana selepas jualan tiket melalui online dibuka, sebanyak 400,000 keping tiket terjual dalam masa 48 jam sahaja. MacpiePro dan Universal Music Malaysia berbangga menjadi penganjur bagi konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia.
- Seramai 14,000 peminat Westlife telah hadir untuk membanjiri Stadium Melawati Shah Alam demi menyaksikan kumpulan ‘boyband’ tahun 80 - 90an yang mereka minat itu secara langsung di depan mata.
- Lebih mengujakan, konsert ini juga bakal menjadi persembahan pertama mereka sebagai satu kumpulan sejak persembahan terakhir mereka di Croke Park, Dublin pada 23 Jun 2012.
- Tepat jam 8.30 malam Westlife membuka tirai dengan persembahan lagu "Hello My Love". Tidak membuang masa, Westlife terus menghiburkan peminat dengan variasi lagu-lagu hits mereka sepanjang dua dekad seperti “Swear It Again” , “What About Now”, “My Love”, “When You’re Looking Like That”, “Uptown Girl” dan banyak lagi.
- Sebelum perubahan pakaian mereka, Byrne mengambil peluang untuk menyoroti kes pada Nora Anne Quoirin yang berusia 15 tahun. Gadis Ireland dilaporkan hilang selepas dia dan keluarganya tinggal di sebuah resort di Seremban minggu lepas. Byrne juga berkongsi bahawa mereka telah berhubung dengan ibu bapanya dan menggesa semua orang untuk melakukan apa sahaja yang mereka dapat untuk membantu.
- Westlife juga menyelitkan beberapa medley khas yang hits sepanjang zaman.
Antaranya, “Another One Bites the Dust” / “Radio Gaga” / “I Want to Break Free” / “Somebody to Love” / “Don’t Stop Me Now” / “We Will Rock You” / “We Are the Champions”.
- Sebelum mereka meneruskan nyanyian mereka, sebuah video temu bual dipaparkan di skrin. Dalam temu bual itu, setiap ahli mengenang kembali masa kanak-kanak mereka dan kali pertama mereka berada di atas pentas untuk menyanyi. Mereka juga berkongsi sedikit tentang apa yang telah mereka lakukan sepanjang hayat yang panjang.

- Malam itu berakhir dengan catatan encore yang sempurna dengan "Flying Without Wings" dan "World of Our Own”. Ia benar-benar teliti untuk mendengar sakit vokal Feehily semasa nota-nota tinggi itu. Ini bukan sekadar muzik malam yang ajaib, kerana ia adalah syurga boyband.