ALAN WALKER BAKAL MEMBUAT PERSEMBAHAN DI BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2020
Satu festival yang cukup istimewa dan eksklusif bakal mengegarkan peminat muzik dimana tidak lama lagi Borneo Music Festival Live 2020 bakal berlangsung di Sarawak Cultural Village pada 10 dan 11 April 2020 ini. Penganjuran yang dibawa khas oleh BME International ini merupakan hasil kerjasama antara Benta Mewah selaku penaja dan kolaborasi hebat diantara Firmament Event Studio Bersama More Entertainment.
Borneo Music Festival Live 2020
Apa yang menariknya festival muzik yang diadakan secara outdoor ini bakal menggabungkan artis dan pemuzik hebat dari pelbagai negara dan genre dimana sekali gus bakal menjadikan acara ini cukup meriah dan terbaik.
Penggemar muzik pastinya tidak sabar menantikan penampilan khas Alan Walker daripada United Kingdom , DJ Soda dari Korea Selatan, DJ Alexis Gfrace dari Malaysia. Nicole Chen – Singapura , DJ Factor -Filipina , DJ Venom C dan Moski Love dari Indonesia, LFDY (Live Fast Die Young) dari Taiwan dan terakhir Alex X dari China. Bakat kelahiran Malaysia Rynn Lim, Thomas Jack dan Priscilla Abby bakal membuat kemuculan di festival ini. Tidak dilupakan juga pemuzik kebanggan Sarawak sendiri iaitu At Adau, Tuku Kamek, DJ Chaca Feroza , DJ Myvax dan DJ Ice-Cream.
Alan Walker yang popular dengan lagu Faded bakal mengadakan persembahan julung kalinya dengan penuh gaya di Sarawak dimana beliau mendapat pengiktirafan multi-platinum dari 10 negara termasuk Amerika Syarikat dan UK. Sehingga kini lagu Faded telah menerima 2.597 billion tontonan di YouTube serta 37.8 juta langganan di platform berkenaan.
Borneo Music Festival Live 2020 bertujuan unyuk menghimpunkan kesemua pemuzik berbakat seluruh dunia untuk mewarnai muzik tempatan sedia ada terutama di Sarawak. Pengunjung bakal terpesona dengan ‘dunia borneo’ yang ditampillkan di Sarawak Cultural Village. Keluasan 17 ekar bakal menempatkan banyak replica rumah kaum etnik Sarwak di dalam satu Kawasan rekreasi. Ada juga bazaar yang menjual pelbagai barangan menarik seperti kraf tangan , baju , makanan istimewa dan lain-lain lagi.
Dapatkan tiket Borneo Music Festival Live 2020 mulai 14 Januari 2020 menerusi airasiaredtix.com/tickets/BMFL2020 dengan segera sebelum kehabisan. Nota penting festival ini adalah untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.