Siti Khadijah Buka Butik ke-37 di AEON Mall Taiping, Perak

 Peneraju telekung berinovasi tinggi di Malaysia, Siti Khadijah (SK) membuka lembaran tahun 2020 dengan pembukaan butik SK yang ke-37 di AEON Mall Taiping, Perak. Majlis Pembukaan Rasmi Butik SK di AEON Mall Taiping telah berlangsung pada 25 Januari 2020. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Ir Dr Muhd Fadhil Bin Nuruddin,

Ahli Dewan Undangan Negeri Kamunting, Perak sebagai tetamu VIP. Turut hadir pada Majlis Pembukaan Rasmi itu ialah Encik Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd. Mohammad Munzir berkata, pada tahun 2020 Siti Khadijah akan membuka lebih banyak lagi rangkaian di Malaysia, khususnya di pusat mbeli-belah AEON Mall di seluruh Malaysia.


“Sebanyak 5 butik Siti Khadijah akan dibuka pada tahun ini, insyaAllah. Antaranya adalah AEON Mall Bukit Indah Johor, AEON Mall Bandar Dato Onn, AEON Mall Taiping, AEON Mall Seremban 2 dan AEON Mall Klebang di Ipoh. Kedudukan yang strategik dan bersesuaian dengan konsep SK yang menyasarkan pengunjung Muslim menjadi objektif utama Siti Khadijah membuka butik di pusat beli-belah AEON, yang juga rakan strategik kepada SK.


Selain itu, Siti Khadijah memilih AEON sebagai antara lokasi butik di Malaysia kerana mahu berada lebih dekat dengan masyarakat Muslim yang mana majoriti pengunjung AEON adalah Muslim. Waktu operasi bagi Butik yang baru ini adalah bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.'

Mengenai perancangan masa depan, Mohammad Munzir berkata,

'Butik SK merancang untuk membuka 16 butik baharu sepanjang tahun 2020 iaitu 12 butik di Malaysia dan empat lagi di Indonesia membabitkan nilai pelaburan kira-kira RM12 juta. Perancangan itu antara sebahagian daripada visi jenama Siti Khadijah yang sudah bertahan selama 10 tahun sebagai peneraju rekaan telekung di Malaysia untuk menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim terbesar di dunia.'


Siti Khadijah Apparel (SK) merupakan jenama telekung nombor satu Malaysia dengan keunikan dan rekaan inovatif di bahagian wajah. Telekung ialah pakaian istimewa wanita di Kepulauan Melayu yang dipakai setiap kali bersolat dan sinonim dengan budaya Melayu.


Website : https://sitikhadijah.com/
Facebook : https://www.facebook.com/TelekungSitiKhadijah/

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!