Beraya Dengan Samsung Galaxy A34!
Tahun lepas ada Samsung Galaxy dah ada siri A33, apa beza pula dengan siri A34 yang baru Samsung lancarkan nii??
So kali ini kita nak share sikit apa perbezaan atau pembaharuan yang Samsung lakukan pada siri A34 yang baru sahaja dilancarkan ni?
Ada empat warna pilihan untuk model siri A34 ni iaitu Awesome Graphite, Awesome Lime, Awesome Violet dan Awesome White. Satu kabel USB-C tanpa adapter charger itu memang style yang lazim untuk setiap kotak peranti Samsung. So kira jimat lah ruang untuk kita simpan adapter charger kat rumah, hihihi
Bila bercakap pasal telefon ni, benda penting buat penggemar gadget kebiasaanya kemasan skrin telefon dengan betapa 'ringannya' telefon itu supaya mereka selesa untuk pegang di tangan dan mudah dibawa ke mana mana. Bila dah sibuk, benda yang penting pun lupa nak bawa atau lupa letak di mana.
Samsung Galaxy A34 5G ni reka bentuk dia memang meng-WOW-kan! Tangkapan gambar dan rakaman video A34 ni memang memuaskan dengan adanya tiga kamera di bahagian belakang, kamera utamanya 48MP, kamera ultra lebar dan juga kamera makro.
Paparan skrin juga memainkan peranan penting kerana skrin yang lebih besar lebih mudah dilihat oleh pengguna zaman IT ni. Paparan skrin Super AMOLED yang bersaiz 6.4 inci ni memang SAH mengasyikkan! Bila nak tengok movie ataupun nak main game macam mobile legend pun smooth jee
Tahan lama ke bateri A34 ni? Siri A34 ni mampu bertahan selama 2 hari tanpa caj tauu sebab dia dilengkapkan dengan bateri Li-Ion 5000mAh. So, bateri telefon korang memang jimat and boleh guna lama!
Apa apa pun kalau memang dah berminat untuk beli, memang berbaloi untuk korang beli terutamanya pengguna 'heavy user'