MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA OLEH PENGUSAHA SHELL AREA CO6 SELANGOR

Hari Raya yang bakal menjelang tiba tak lama lagi Pengusaha Shell kod area CO6 meliputi kawasan Puchong, sebahagian Petaling jaya dan Shah Alam telah menganjurkan Majlis sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf dari Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, Puchong.

Seramai 53 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf berumur diantara 7 hingga 12 tahun telah diiringi oleh 7 orang ustaz dan ustazah yang dibawa ke Mydin Mall dengan menaiki bas sekolah. 

Tujuan Majlis ini adalah untuk meraikan dan membantu anak-anak yatim dan asnaf membeli keperluan untuk menyambut sambutan Hari Raya. Pengusaha-pengusaha Shell mendapat peluang untuk bersama-sama memilih keperluan anak-anak ini seperti baju kurung, baju melayu, tudung, kasut dan sebagainya.

Menurut wakil CO6, Puan Hani Saleh, 

“Kami sangat berbesar hati dapat meringankan beban keluarga anak-anak yatim dan asnaf dalam persiapan menyambut Hari Raya. Program ini adalah tanggungjawab sosial daripada pihak kami. 

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd. Haniff Bin Tajul Urus (Pengurus kawasan CO6), pihak pengurusan Mydin Mall, Guru Besar dan guru-guru Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, ibubapa dan semua yang menjayakan program ini.”

Majlis sumbangan ini telah diadakan di Mydin Mall, Subang Jaya USJ 1. Majlis yang berlangsung dari 11:30 pagi sehingga 3 petang ini telah dijayakan dengan kerjasama seramai 25 orang pengusaha stesyen minyak Shell.

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!

FIESTA BELIA MERDEKA 2024 BERSAMA HARI ROCK NEGARA MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME