'CHICKING' DAH SAMPAI MALAYSIA?!
Chicking terbang dari Dubai ke Malaysia?!!
Chicking yang berasal dari Dubai diterbangkan khas ke Malaysia ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan lebih 265 cawangan di 35 buah negara dah dibuka. Akhirnya peminat Chicking di Malaysia atau yang baru dengar?
Dah boleh serbu sebab lokasi Chicking ni di tengah bandar Kuala Lumpur tempat kegemaran orang ramai, Bukit Bintang!
Kelainan Chicking dengan restoran makanan segera yang lain adalah ia menyajikan hidangan Fusion, Barat dan tradisional Arab yang enak mengguna herba dan rempas ratus berkualiti, dibawa khas dari UAE dan resipi yang diolah agar sesuai dengan cita rasa masyarakat Malaysia.
Antara ‘signature dish’ Chicking adalah Ayam Original, Ayam Goreng Pedas, Ayam Grill yang sesuai dipadankan bersama Nasi Briyani, Chicken Strips. Mexita, Crunchy Supreme Burgers, Royal Wraps, Taco Wrap dan Chicken Bites
Manakala side dishes yang menarik adalah Jejari kentang berperisa Tandoori, Pinoy BBQ, Hot Wings, Double Crunchy, Soho Rice dan banyak lagi hidangan yang enak.
Tapi menu pertama yang wajib korang cuba mestilah Ayam Goreng Pedas, Ayam Gril dan menu fusion yang rare dekat sini adalah 'Tandoori Rice' bersama 'Sos Garlic' yang khas hanya di Malaysia.
"Dengan pembukaan cawangan pertama di Malaysia, selain menyajikan lebih daripada 20 hidangan enak lagi halal kepada rakyat Malaysia, kami juga membuat tawaran kepada para pelabur yang berminat membuka Francaisi ChicKing. Kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke restoran terbaru kami ini yang dibuka sehingga pukul 2 pagi setiap hari.
Malahan, kami juga menyediakan Menu Rahmah pada harga RM5 di sini" ujar Datuk Mohd Ridzuan Abdullah selaku Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia atau ringkasnya IKHLAS merangkap Penasihat Korporat Malabar Junction Global Resources (MJGR- syarikat pemegang francais ChicKing di Malaysia).
ChicKing dah mula mensasarkan pembukaan 100 cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.