PAKEJ UMRAH MUKIM 80 HARI DI HARAMAIN?
Persada Global Holidays Sdn Bhd (PGH) hari ini telah melancarkan pakej umrah terbaharu iaitu Pakej Umrah Mukim 80 Hari (UM80).
Pakej umrah yang berkonsepkan program pengajian bermodul selama 80 hari, dijangka bakal membuka ruang kepada rakyat Malaysia bukan sahaja dapat menetap lebih lama di Arab Saudi, malah berpeluang mendalami ilmu agama dibarisi tenaga pengajar berpengalaman yang dibawakan khas.
Pakej istimewa ini merupakan kesinambungan dan penambahbaikan daripada Pakej Umrah Iktikaf Ramadhan yang merupakan program umrah tahunan dan sentiasa mendapat sambutan yang memberansangkan anjuran PGH.
UM80 juga turut menyelitkan program-program menarik seperti daurah (kelas) tafsir, hadis, sirah, program iktikaf ramadhan dan pelbagai lagi, bagi memberi nilai tambah dari aspek kerohanian kepada setiap peserta.
Dengan harga serendah RM 19,980.00 para jemaah akan berada selama 80 hari di Haramain. Bermulanya pada bulan Rejab, Syaaban, para jemaah turut berpeluang meraikan serta mengimarahkan Ramadan dengan penuh fokus serta berpeluang menyambut Syawal di sana.
Pakej ini disasarkan untuk mereka yang sentiasa mencari peluang mendalami ilmu agama, golongan pesara atau yang mempunyai kelapangan masa selain mempunyai keinginan untuk menelusuri budaya dan sejarah orang Arab di sana. Malahan, pakej ini juga adalah yang terbaik untuk para jemaah yang ingin fokus untuk terus melakukan ibadat, mengumpul amal jariah dan memikirkan tentang-Nya selama mana yang mungkin di sana. Hal ini kerana suasana di bumi Haramain itu jauh bezanya di Malaysia ini yang serba sedikit kita akan terkena tempiasnya jika Iman tidak kuat.
Lebih menarik lagi, pakej ini menampilkan tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Pihak syarikat menyediakan perkhidmatan tambahan seperti pasukan medik dan bantuan perubatan khas bagi memastikan soal kesihatan dan keselesaan para jemaah terjaga.
Para jemaah juga berpeluang untuk menjelajah pelbagai tempat-tempat bersejarah seperti Taif, Badar dan juga Al Ula bersama pengiring berpengalaman selain menunaikan umrah bersama.
Pihak syarikat turut menjalinkan hubungan bersama Klinik As Salam selaku penasihat perubatan rasmi dengan menandatangani memorandum kerjasama bagi musim umrah 1445H (2023/2024).
Selaku sebuah syarikat pengendali umrah yang berpengalaman lebih 10 tahun, PGH sentiasa berusaha sebaik mungkin bukan sahaja untuk memberikan perkhidmatan terbaik, malah turut menitikberatkan pengalaman perjalanan umrah yang bermakna dengan pengisian ilmiah yang meransang pembentukan rohani para jemaah.
Semua maklumat boleh diperoleh melalui laman web rasmi PGH : www.persadaglobal.my
Laman sosial rasmi Persada Global Holidays di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube kerana 'Pengembaraan Eksklusif itu Pilihan Anda'.