PERSATUAN KARYAWAN MALAYSIA BAGI MAJLIS SUMBANGSIH PEKEMA PRIHATIN

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) merakamkan jutaan terima kasih kepada Yayasan PEKEMA (Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) atas kemurahan dan kemuliaan hati mereka dalam memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM5,000 kepada 30 orang penerima yang terdiri daripada penyanyi, pelakon veteran, dan individu yang kini sedang mengalami keuzuran.

Majlis penyerahan sumbangan ini merupakan satu penghargaan yang amat bermakna bagi para penggiat seni yang uzur dan artis veteran yang telah banyak memberi sumbangan dalam dunia seni tanah air.

Mereka adalah individu yang telah mencurahkan bakti dan tenaga sepanjang hayat mereka, menghiburkan rakyat Malaysia dengan lakonan, nyanyian, dan karya seni yang memberi kesan mendalam kepada masyarakat. Namun, dengan faktor usia dan kesihatan yang semakin merosot, mereka kini berdepan dengan cabaran yang memerlukan sokongan dari kita semua.

Sumbangan Sebagai Simbol Penghargaan

Sebagai organisasi yang sentiasa mementingkan kebajikan dan kesejahteraan penggiat seni, Persatuan Karyawan Malaysia amat menghargai sumbangan besar yang diberikan oleh Yayasan PEKEMA. Sumbangan RM5,000 seorang kepada setiap penerima bukan sekadar wang ringgit, tetapi lebih daripada itu – ia adalah simbol kasih sayang, penghargaan, dan penghormatan kepada segala pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam memajukan seni tanah air.


"Artis-artis veteran dan para penggiat ini adalah warisan seni yang telah menghiburkan kita semua melalui karya-karya yang tidak ternilai harganya. Kini, setelah mereka memberikan segalanya, sudah tiba masanya bagi kita untuk memberikan sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Yayasan PEKEMA telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi dalam menjaga kebajikan golongan ini, dan kami sangat berterima kasih atas kemurahan hati mereka," kata Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato’ Freddie Fernandez.

"Kami berharap dengan sumbangan ini, para seniman yang telah berkhidmat untuk negara dapat merasai penghargaan yang sewajarnya. Sumbangan ini bukan hanya meringankan beban kewangan, tetapi juga memberi semangat untuk mereka terus dihargai sepanjang hayat mereka," tambah Dato’ Freddie Fernandez.

Terima Kasih Yayasan PEKEMA, Semoga Sentiasa Dirahmati

Senarai Penerima Sumbangan
Berikut adalah senarai 30 penerima sumbangan yang terdiri daripada artis-artis veteran yang dihormati:

  1. Zaiton Sameon

  2. Shuib Freedom

  3. Mariam Ahmad

  4. Norlia Ghani

  5. Ali XPDC

  6. Sheqal

  7. Isma Alif

  8. Shima

  9. Sazali P Ramlee

  10. Shasha Rohaizad



  1. Nas Ahmad

  2. Alfred Ho

  3. Roy

  4. Dato’ Jefrydin

  5. Datuk Andre Goh

  6. Zul Mahat

  7. Sathiya

  8. Yus Barat

  9. M. Jamil

  10. Sofia Ibrahim

  11. Mak Wan

  12. Dr. Sam

  13. Mak Jah

  14. Kieran

  15. Ebby Yus

  16. Harun Hashim

  17. Ruslan Salleh

  18. Murali Abdullah

  19. Zaleha Hamid 

  20. Datuk Sarimah Ahmad 


Legenda tetap legenda! Ingatlah mereka walaupun mereka tidak lagi berada di kaca TV mahupun dimana mana platform. 

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!