APWRITER & AFIF TARMIZIE CUBA ‘GENGGAM’ ELEMEN HIP HOP DENGAN SENTUHAN KLASIK MELAYU!

Apwriter dan Afif Tarmizir tampil dengan lagu terbaharu berjudul Genggam, sebuah karya yang menggabungkan elemen muzik segar dan penuh makna mendalam. Menampilkan genre hip hop, rap, dan pop, lagu ini menawarkan pengalaman muzik yang berbeza melalui penggunaan instrumen klasik Melayu yang disuntikkan dengan rap dan hip hop. Hasilnya, Genggam menjadi satu karya yang unik, menonjolkan kelainan yang bakal mencabar industri muzik Malaysia!


Lagu Genggam telah dipilih sebagai lagu tema bagi drama Langit Ke Tujuh yang disiarkan di Tonton. Lagu ini telah mula menemui pendengar sejak 27 Januari 2025. Apwriter berperanan sebagai komposer dan penulis lirik, sementara Noktah pula bertanggungjawab dalam penyusunan muzik. Lagu ini tidak hanya memperkenalkan gabungan elemen muzik segar, tetapi juga menyuntikkan makna yang mendalam dalam setiap bait liriknya, sesuai dengan tema drama yang penuh emosi.


Apwriter meluahkan rasa kagumnya kerana dapat membawa karyanya ke arus yang besar, “Saya percaya lagu Genggam memiliki potensi besar untuk sampai kepada khalayak yang lebih luas. Kerjasama dengan Afif Tarmizir, yang dicadangkan oleh pihak Alternate Records, telah membuahkan hasil yang sangat memuaskan. Walaupun beberapa artis lain turut dicadangkan untuk berduet, vokal Afif ternyata sangat sesuai dengan pembawaan lagu ini. Selain itu, lagu ini menjadi lebih segar dengan penggunaan bahasa Melayu baku, sementara instrumen klasik Melayu memberikan sentuhan keunikan yang sangat menarik, mampu dinikmati oleh pendengar tempatan. Saya yakin gabungan elemen hip hop dengan budaya Melayu ini membawa warna baru dalam industri muzik Malaysia.”


Lagu Genggam menyampaikan mesej yang sangat mendalam mengenai pegangan hidup dan keyakinan diri. Dalam dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran, lagu ini mengingatkan pendengar untuk tetap teguh pada prinsip hidup, agama, dan kepercayaan diri. Walaupun banyak halangan dan godaan yang datang untuk menggoyahkan, dengan pegangan yang kukuh, kita akan mampu mengharungi segala rintangan dalam hidup.


Sementara itu, Afif Tarmizir turut berkongsi perasaannya ketika terlibat dalam projek ini, “Sejak pertama kali mendengar demo lagu ini, saya terus teruja kerana elemen hip hop yang digunakan mengingatkan saya kepada kumpulan Nukilan, yang sangat berpengaruh dalam perjalanan muzik saya. Walaupun rakaman hanya memakan masa dua jam, saya berasa prosesnya berjalan lancar berkat kerjasama yang sangat baik dengan Apwriter dan kehadirannya membawa rentak rap yang segar dalam lagu ini. Saya menganggap Apwriter ini sebagai seorang pendatang baru yang penuh bakat, dengan karya yang mempunyai potensi besar untuk mencipta kejayaan dalam industri muzik.”


Jadi, jangan tunggu lagi! Dengarkan lagu Genggam oleh Apwriter dan Afif Tarmizie sekarang yang kini boleh didapati menerusi iTunes atau strim terus melalui platform seperti Spotify dan YouTube Music! Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok. 

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!