MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN, TERBAIK!

Marrybrown berkongsi rezeki Ramadan dengan mengedarkan 25,000 bubur lambuk ke seluruh negara.

Dalam mengekalkan komitmennya kepada komuniti dan tradisi, rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan kegemaran Malaysia, Marrybrown®, sekali lagi membawa kebahagiaan di bulan Ramadan kali ini.

Lebih 25,000 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan menerusi inisiatif Kasih Ramadan 2025 kepada seluruh negara. Usaha tahunan ini terus berkembang dari tahun ke tahun untuk memastikan lebih ramai orang dapat menikmati tradisi yang bermakna di bulan Ramadan ini. 

“Tahun lepas, sambutan inisiatif yang sangat menggalakkan ini membuktikan kepentingan tradisi agihan bubur lambuk dan kami berbangga dapat memperluaskan inisiatif pada tahun ini,”

“Sebagai jenama yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti Malaysia selama beberapa dekad, kami memahami bagaimana Bubur Lambuk menyatukan orang ramai sepanjang Ramadan. Ia merupakan satu penghormatan bagi kami untuk meneruskan tradisi ini sambil berkongsi pengalaman yang sangat bermakna kepada rakyat Malaysia.”

-kata Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®.

Untuk menarik lebih ramai orang, Marrybrown® telah bekerjasama dengan masjid-masjid di seluruh negara. Bakal melanjutkan inisiatif ini ke kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya dan hab transit. Ini untuk memastikan mereka yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung dapat berbuka puasa dengan hidangan yang melazatkan.

Selain itu, cawangan Marrybrown® yang mengambil bahagian juga akan mengedarkan Bubur Ayam MB® kepada masjid dalam komuniti setempat mereka. Usaha ini jelas membuktikan komitmen berterusan jenama dalam memberi kembali kepada masyarakat.

“Ramadan adalah bulan untuk muhasabah diri, mengeratkan lagi perpaduan, dan mengamalkan sifat murah hati. Kami berharap dengan berkongsi hidangan yang ringkas lagi menyelerakan ini, kami dapat membawa kebahagiaan kepada mereka yang menyambut bulan suci ini, tidak kira di mana mereka berada,”

-kata Daniel Chan.

Inisiatif Kasih Ramadan 2025 akan berlangsung sehingga akhir bulan Mac untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati Bubur Lambuk istimewa ini. Dengan lebih 600 cawangan di 16 negara, Marrybrown® terus mengekalkan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi, sambil mengukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown®, Apl MB, promosi, perkhidmatan penghantaran, dan lokasi pengedaran, sila layari website Marrybrown.

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!