MBO Lancar Pawagam Berkonsepkan AVANT-GARDE Di Atria Shopping Gallery
Cawangan terbaru dengan panggung khas menjanjikan keselesaan dan pengalaman sinematik
yang menarik dan tidak dapat dilupakan khas buat komuniti Petaling Jaya.
Salah satu rangkaian pawagam kegemaran di Malaysia, MBO
Cinemas membawa pengalaman menarik bagi pencinta filem di Petaling Jaya dengan
pelancaran cawangan terbaru di Atria Shopping Gallery.
Pelancaran MBO Atria juga akan menampilkan tiga konsep tontonan yang unik, MBO Samsung
Onyx Hall yang pertama kalinya diperkenalkan di Petaling Jaya serta MBO Kecil dan MBO Big
Screen.
Cheah Chun Wai, Pengarah Operasi MBO Cinemas menyebut bahawa syarikat amat teruja
dengan ekspansi MBO Cinemas dan tawaran-tawaran terbaru yang diperkenalkan khas buat
komuniti dan kaki wayang di Petaling Jaya.
“Dengan pelancaran MBO Atria, kami mahu komuniti setempat dan juga pelawat-pelawat baru
untuk merasai perspektif berbeza ketika pergi ke pawagam. Para penonton dijamin akan
merasa teruja dengan pengalaman sinematik yang berteknologi canggih, sehinggakan mereka
terlupa yang mereka sedang berada di dalam panggung wayang,” kata Chun Wai.
Antara Tawaran Inovatif MBO di Atria Mall ialah :
MBO Kecil

Barisan baru di MBO Atria Shopping Gallery akan merangkumi dua dewan pawagam
MBO Kecil, yang berfungsi sebagai ruang khusus untuk ibu bapa dan anak-anak mereka
daripada semua peringkat umur dan saiz.
Dengan element seperti Kecil Sofabed, kerusi “bean”,
taman permainan di dalam panggung serta kerusi-kerusi biasa untuk penonton dewasa, MBO
merintis usaha untuk mengubah cara keluarga berinteraksi dengan filem. Tidak seperti
panggung tradisional, MBO Kecil membenarkan kanak-kanak berlari bebas dan bermain
sepenuh hati mereka sambal menikmati filem-filem kegemaran mereka.

Di samping itu, ibu
bapa turut berpeluang menganjurkan parti hari jadi untuk anak-anak mereka di dewan
pawagam KECIL, menjadikan ia pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama orang
tersayang di MBO Cinemas.
MBO Big Screen

MBO turut memberikan buah tangan khas buat pencinta filem di Damansara
Jaya dengan memperkenalkan pengalaman sinematik yang inovatif buat penonton dengan
panggung Big Screen. Dilengkapi dengan teknologi canggih yang merupakan hasil kolaborasi
bersama BARCO, projector laser terkemuka yang juga merupakan teknologi yang pertama
seumpama ini di Malaysia, memaparkan kualiti imej sofistikated ke layar perak gergasi dengan
kecerahan cahaya yang mengagumkan, kontras warna tinggi dan prestasi warna unggul.
Panggung yang berkonsepkan “avant-garde” ini juga turut dilengkapi dengan sistem bunyi
Dolby Atmos yang berteknologi unggul yang membawa penonton masuk ke dalam cerita
dengan audio bergerak yang mengisi ruang pawagam dan mengisi setiap ruang sekitar mereka
– malah di atas kepala – untuk menyampaikan bunyian hiburan yang berkualiti premium.

Dolby
Atmos telah menjadi pilihan suara dan bunyian untuk generasi akan datang di dalam panggung
wayang dan menjadi kegemaran studio-studio utama, pengarah-pengarah dan penganjur
pameran di seluruh dunia. Buat masa ini, lebih 1,000 filem ditayangkan dan diumumkan
menggunakan teknologi Dolby Atmos.
MBO Samsung Onyx Hall

Skrin LED pertama MBO Cinemas di negara ini ditetapkan untuk
menawan hati penonton di Damansara Jaya menerusi resolusi 4k yang mengagumkan yang
menyokong kandungan High Dynamic Resolution (HDR), persembahan warna yang tepat serta
bebas distorsi dengan audio yang sama seperti kehidupan nyata.
Skrin piksel dengan video isian
resolusi ultra-tajam 4k (4,096 x 2,160) menghasilkan butiran yang jelas dan rumit, memberikan
pengalaman sinematik yang lain daripada lain kepada peminat fanatik filem. Bagi menyokong
skrin yang menakjubkan, dewan pawagam ini menggunakan teknologi pembesar suara JBL
Surround Sound System oleh Harman yang membolehkan penonton di setiap baris mendengar
bunyi yang jelas dan seimbang.
Coca Cola Freestyle

Selain daripada budaya membeli bertih jagung dan minuman soda yang
melengkapkan lagi pengalaman menonton wayang, MBO Cinemas turut memperkenalkan
konsep minuman revolusioner baru Coca Cola di lebih 46,000 cawangannya di seluruh dunia.
Penggemar filem boleh memilih pelbagai perisa daripada lebih 50 kombinasi pilihan minuman
melalui mesin dispenser minuman interaktif dengan paparan skrin sentuh. Perkhidmatan unik
ini juga akan diubah-suai untuk memberikan perisa yang kena dengan deria rasa rakyat
Malaysia seperti Laici, Mangga, dan beberapa seleksi daripada A&W.

MBO Cinemas juga akan memperkenalkan kios layan diri yang pertama di Atria Shopping
Gallery, yang memberikan pilihan alternative kepada pengunjung panggung wayang untuk
membeli tiket dan menjimatkan masa daripada beratur menunggu giliran. Kiosk layan-diri ini
turut membolehkan ahli ALLSTAR menggunakan kad kesetiaan mereka untuk terus mengutip
mata serta menebus mata ganjaran.

“Pada waktu dan hari ini, kami percaya bahawa pengunjung panggung wayang berhak
mendapat yang terbaik ketika berkunjung ke pawagam. Oleh disebabkan itu, kami mengambil
perhatian serius dengan melengkapkan dewan pawagam kami dengan bunyian dan unjuran
yang terbaik bagi kepuasan menonton maksima. Kami turut memperkenalkan tawarantawaran terbaru di luar dewan layar perak untuk menjadikan pengalaman sinematik pelanggan
kami di MBO Atria menyenangkan,” tambah Chun Wai.
MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery menawarkan 4 skrin standard di samping 4 skrin khas
yang menjadikan keseluruhannya 8 skrin dan 1229 tempat duduk agar penonton filem selesa
serta Cafecito - sebuah kedai kopi unik bertemakan hidangan konsesi yang menyajikan
makanan ringan dan minuman mewah.