Lima Hari Jualan Gila JUMBO SALE Lebih 50% Di LuLu Hypermarket & Department Store

Tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk kita sambut tahun baru 2019 dan meningalkan tahun 2018 ini. Hujung tahun ni kat Malaysia memang meriahlah dengan Year End Sale di merata-rata tempat. Tidak terlepas juga LuLu Hypermarket & Department Store yang terletak di Jalan Munshi Abdullah yang mengambil peluang untuk mengadakan promosi JUMBO SALE sehingga 70% . Jualan murah ini bermula dari semalam 28 Disember 2018 hingga tahun baru nanti iaitu 1 Januari 2019. Hanya lima hari sahaja promosi JUMBO SALE ini yang boleh dibeli dengan harga diskaun lebih daripada 50%.


Potongan Rata 50%


Terdapat dua promosi di dalam JUMBO SALE ini dimana yang satu ni potongan rata sebanyak 50% . Boleh dipakai untuk semua barangan fesyen khas untuk wanita, lelaki & kanak-kanak serta bayi. Ada beberapa jenama yang boleh didapati di LuLu Hypermarket & Department Store untuk promosi 50% ini iaitu seperti John Louis, Arezzo, Eten, Puppet, Sunnex, Allen Solly, Ruff, Cortigiani, Twills, Lero, Xemberg, Marco Donateli, Tag Basic, Louis Philippe, Pravo, De Backers dan Tag Rider


Kebanyakan jenama ini kita jarang dengar kerana ia jenama in house mereka yang berkualiti dan juga menghasilkan produk mampu milik. Macam-macam design terkini dan juga rekaan yang memenuhi kehendak rakyat Malaysia.

 

Mereka juga tidak lupa untuk mengadakan potongan diskaun untuk kaum perempuan yang sukakan membeli belah. Antara barang yang diletakkan harga promosi seperti pakaian wanita dan terutamanya barang seperti beg tangan wanita dan kasut. Kesemua barangan tersebut boleh dibeli di aras satu.


Potongan Sehingga 50%   


Promosi yang kedua ini pula adalah potongan harga sehingga 50% untuk beberapa barang terpilih. Sesudah masuk ke pasaraya mata kita akan terpandang barang yang diletakan di pintu masuk pasaraya ini dengan adanya tanda warna kuning, itulah barangan yang ada promosi hebat ini. Sesetengah barang itu diletakkan tanda khas iaitu hanya terhad untuk beberapa unit sahaja bagi seorang pelanggan.



Selain itu juga, promosi ini untuk barangan keperluan elektrik atau elektronik, noon-food, barangan kelengkapan rumah, perabot rumah, telefon, produk IT, mainan, bagasi, peralatan sukan dan alat tulis.  Antara beberapa barang yang diberikan potongan diskaun dan yng cukup popular untuk dibeli ialah TV 43 inchi jenama LG dengan potongan sehingga 50% dari RM2,899 jadi harga RM1,449 sahaja. Kemudian Microwave jenama Sharp 20ml dijual dengan harga hanya RM164 sahaja.



Pergi pula ke bahagian kelengkapan rumah tu ada kuali Ceramic jenama Chefline ni hanya RM8.49 satu dan juga karpet pun murah. Sesuai sangat untuk mereka yang baru beli rumah dan pindah rumah baru untuk beli kelengkapan rumah semua tengah promosi gila-gila ini.


Seperti biasa di LuLu ini mereka juga membuat promosi di bahagian LuLu Celebrate yang menyediakan kelengkapan seperti Indian Saree, Churidars dan Lehangas. Kalau korang ada tema untuk dinner syarikat hujung tahun boleh beli kat sini memang murah dan cantik-cantik belaka. Promosi ini juga tempohnya sama juga lima hari sahaja dengan potongan sehingga 40%.

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!