MACPIEPRO Anjur Satu Lagi Konsert BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR Berikutan Sambutan Luar Biasa Peminat!
Penjualan tiket konsert BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR yang dilancarkan pada 12 Disember 2018 mendapat sambutan luar biasa apabila tiket habis dijual dalam masa dua hari!! Ramai BLINKS terlepas peluang membeli tiket konsert dan berharap pihak penganjur dapat memberi peluang untuk bertemu idola kesayangan mereka.
Disebabkan itu, MacpiePro membuat keputusan menganjurkan satu lagi konsert BLACKPINK 2019 WORLD [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR pada 24 Februari 2019, pukul 6 petang di Stadium Malawati, Shah Alam.
Tiket konsert akan dijual pada harga sama iaitu RM273 (Zon Biru), RM373 (Zon Hijau), RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning), RM673 (Zon Merah) dan RM693 (Zon BLINK).
MacpiePro akan membuka jualan tiket ‘offline’ selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember 2018 pada pukul 12 tengah hari di pusat membeli-belah Atria Shopping Gallery dan kedai gaya hidup digital Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall JB, Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang dan booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4).
Manakala jualan tiket secara dalam talian di laman web rasmi MacpiePro (www.macpiepro.com) akan dibuka pada 31 Disember 2018, tepat pukul 12 tengah hari.
Antara lagu BLACKPINK yang terkenal di seluruh negara ialah