Samsung Galaxy S22 Pelengkap Tahun Baharu!

Minat dalam fotografi dah lama, ambil masa untuk mendapatkan tangkapan yang memuaskan hati. Kini, setiap hari ada saja ku akan ambil gambar. 
Tak kira masa dan apa jua barang mahupun moment sekalipun.

Memori handphoneku selalu penuh dek kerana gambar yang ku ambil. Pernah hingga mendapat amaran 'memory full'. Al- maklumlah kesempurnaan dalam setiap gambar itu adalah penting yee terutamanya buat yang muda ni.


Samsung Galaxy S22
Setelah berpeluang menggunakannya selama 3 minggu. Memang puas hati. Ini ku kongsikan sikit sebanyak kenapa!

Memang perfect untuk semua generasi. Saiznya yang kecil dan tidak begitu besar. Besar macam sebelah tapak tangan je! 
Yang penting ringan pula tu! Mengagumkann!!

Reka Bentuk

Menggunakan reka bentuk Contour Cut di sekeliling tepi kiri dan kanan handphone. Tambahan pula, 3 kamera belakang disusun rapi dan cantik sekali. 


Penggunaan plastic di belakang handphone Samsung dahulu, sekarang ditukar kepada penggunaan kaca belakang untuk Galaxy S22 ni. 

Jadi Galaxy S22 ni taklah mudah jatuh daripada tangan diriku yang ‘clumsy’ ni.. kalau salah pegang memang jatuhlah phone tuu

Warna

Ku memang penggemar warna putih. Nampak cantik Dan semestinya elegant. Warna yang ada selain daripada warna putih, ada hitam, hijau dan rose gold.

Kamera Samsung Galaxy S22 ni memang pelengkap tahun baharu. Susunan 3 kamera belakang yang rapi dan cantik siap ada set sensor baharu lagi. Fungsi nightmod dia, memang hebat


Apatah lagi lensa kamera boleh zoom 30X. Dari 0.6x ke 30x zoom tu! Bulan yang jauh pun boleh nampak dekat, jerawat kawan pun mestilah boleh!

Nie antara gambar yang diambil menggunakan Galaxy S22



Banyak lagi fungsi atau specification yang ada, tertarik Dan menarik. Tapi kalau nak cite 3 hari 3 malam pun tak best. 

Apa kata pi serbu Samsung outlets untuk 'feel' sendiri. Diriku sudah, anda bila lagi >_<

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!