FESTIVAL TREND RAYA 2023 HUB BELI-BELAH PALING TRENDY RAYA INI

Nak cari barangan trendy? Tapi nak pergi tempat yang tak ramai orang, ada 'aircond', 'shopping mall' ataupun yang berkualiti. 

Festival Jualan Trend Raya 2023 yang bakal diadakan pada 7 hingga 9 April nanti di pusat beli-belah terbesar di Lembah Klang, iaitu Pusat Pameran Mid Valley. Kemasukan adalah percuma, tak perlu bayar apa apa dan festival bermula sama dengan waktu operasi 'shopping mall' iaitu pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Festival beli-belah ini dianjurkan oleh Todak Fusion Sdn. Bhd.dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production. Dengan adanya nama-nama terkemuka ini sebagai rakan strategik, maka Todak Fusion ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia secara amnya untuk hadir ke acara yang bakal dilangsungkan ini.

Antara barisan jenama yang akan berada di Trend Raya adalah Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, Mutyara Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi. Selain daripada itu, Trend Raya juga akan membawa barisan artis tanah air bagi memeriahkan lagi acara ini.

Menyifatkan Trend Raya 2023 sebagai satu hub membeli-belah, Trend Raya juga ingin menyatukan peniaga-peniaga dari pelbagai produk dalam satu acara yang seakan ‘indoor- bazaar’ dengan konsep ‘trendy’.


“Trend Raya 2023 merupakan satu acara yang menyediakan pelbagai produk berciri ‘trendy’ dengan mengumpulkan para peniaga di Malaysia di bawah satu bumbung. Pelbagai jenama terkenal, terbaru dan viral akan turut bersama dalam acara ini.

Trend Raya juga menyediakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari para peniaga, juga dengan penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan para influencer yang digemari ramai bagi menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi Trend Raya 2023. Selain daripada itu, Trend Raya juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara ini,” 

- ujar Mohd Ikmal Fareeq selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Fusion Sdn Bhd.

Selain menjadi hub beli-belah paling trendy raya ini, Trend Raya 2023 juga mempunyai misi dan matlamat yang ingin dicapai melalui beberapa program yang diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Antaranya, melalui “Trend Raya 2023 ini juga, satu program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara Todak Fusion Sdn. Bhd. bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation bagi membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan. Pihak Afiz Ayub Foundation juga telah bersetuju untuk menaja separuh dari harga tapak kepada peniaga yang berdaftar di bawah Afiz Ayub Foundation dan sebagai syarat, peniaga yang ditaja haruslah menyalurkan sebahagian hasil jualan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf.



Selain itu, satu program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan manakala pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pula akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023 yang ingin bersedekah rehal serta menyerahkan zakat fitrah.

“Terima kasih juga diucapkan kepada pihak AEON (M) CO kerana sudi bersama-sama kami dalam memeriahkan lagi acara ini. Pengunjung berpeluang menebus Voucher Tunai dengan jumlah ditawarkan bernilai sehingga RM 15,000.00 di booth AEON bagi setiap pembelian RM 100 dan keatas di mana mana booth jualan di Trend Raya 2023.”

Menariknya, pengunjung yang hadir juga dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih dari RM 10,000.00 sepanjang acara tersebut berlangsung melalui cabutan bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan. Selain daripada itu, pihak penganjur juga menyediakan hadiah misteri yang menarik buat 100 pengunjung terawal sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Trend Raya 2023 yang bakal berlangsung pada 7, 8 dan 9 April nanti.

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!