“KLASIKNYA RAYA” TAWAR BANYAK PENJIMATAN KEPADA PELANGGAN MYDIN
Kempen yang bakal berakhir pada 15 Mei 2023 nanti adalah hasil kerjasama antara MYDIN dengan rakan eksklusif perbankan MBSB Bank.
Ia telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub di MYDIN Subang Jaya, Selangor.
Sepanjang kempen ini berlangsung, MYDIN akan menawarkan pelbagai seleksi barangan keperluan rumah dan dapur, pelbagai pilihan menarik baju raya bagi lelaki, wanita serta kanak-kanak, perhiasan rumah, kuih raya, pilihan kurma dan pelbagai lagi dengan harga yang istimewa dan semestinya menjimatkan.
MYDIN menjangkakan peningkatan jumlah pengunjung yang datang mendapatkan barangan keperluan hari raya sehingga 50 peratus.
Bagi menggalakkan masyarakat berbelanja dengan menggunakan teknologi aplikasi digital yang lebih mudah dan selamat, MYDIN turut bekerjasama dengan rakan e-dompet iaitu Atome, Boost, MBSB Bank e-wallet, MCash dan Touch’nGO eWallet bagi menawarkan pulangan tunai keseluruhan bernilai RM300,000 bagi setiap transaksi di MYDIN. Kempen bersama rakan e-dompet ini sah sehingga 7 Mei 2023.
Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,
“Tema Klasiknya Raya dipilih bagi menggamit semula tradisi dan semangat perayaan yang lebih harmoni dan penuh kesederhanaan. Memandangkan dengan peningkatan kos sara hidup akibat tekanan yang berlaku secara global, MYDIN menawarkan pelbagai keperluan bagi pelanggan mendapatkan keperluan dengan harga yang amat kompetitif dan mampu milik. Bagi meneruskan sokongan terhadap inisiatif Kerajaan menyantuni golongan memerlukan, MYDIN turut akan menyumbang Bakul Rahmah bernilai RM100,000 kepada golongan memerlukan melalui inisiatif MYDIN Prihatin”.
MYDIN turut menganjurkan Jualan Rahmah bagi koleksi baju raya serta mengadakan Bazar Ramadan Rahmah bagi meringankan beban perbelanjaan sempena musim perayaan nanti.
MYDIN menerusi inisiatif MYDIN Prihatin juga turut menjalinkan kerjasama strategik bersama lebih 50 jenama pembekal. Pelanggan yang membeli produk terpilih bagi jenama terlibat, sejumlah dana akan disumbangkan kepada rumah kebajikan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Pelanggan juga boleh menyumbang melalui rakan e-dompet terlibat atau dengan memotong mata ganjaran kad Meriah di kaunter bayaran MYDIN.
MYDIN menjangkakan kerjasama dengan rakan strategik MYDIN Prihatin ini mampu mengumpul sebanyak RM250,000 untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Sepanjang bulan Ramadan ini juga, MYDIN turut akan mengagihkan 40,000 pek bubur lambuk di cawangan MYDIN yang terlibat.
Maklumat lanjut, sila layari www.mydin.my