DIDI & FRIENDS EDISI CUTI SEKOLAH DI PLAZA SUNGEI WANG

“Hujung Minggu Didi & Friends Edisi Cuti Sekolah Bersama Plaza Sungei Wang"

Pelbagai aktiviti menarik dengan Didi dan rakan-rakannya pada 4-5 Mac 2023 dari 10 pagi hingga 9 malam. 


Karakter-karakter kegemaran kanak-kanak yang terkemuka di Malaysia. Antaranya Didi, Nana dan Jojo mereka semua ke Plaza Sungei Wang.

Ini bersempena dengan “Hujung Minggu Didi & Friends Edisi Cuti Sekolah Bersama Plaza Sungei Wang’ . Ianya anjuran Astro dan kerjasama Warnakala Studios dan semestinya di taja oleh Plaza Sungei Wang.


“Kami sememangnya berbesar hati menjadi lokasi penganjur buat program ‘Hujung Minggu Didi & Friends Edisi Cuti Sekolah bersama Plaza Sungei Wang’ yang pertama kali buat tahun 2023.

Program pertama mereka seminggu selepas tayangan Didi & Friends The Movie buat julung kalinya.

Sambil mengiktiraf populariti siri animasi yang besar ini dan memberi sumbangan penting kepada pembangunan awal kanak-kanak;’ - kata Stephen Ho Choon Sik, Ketua Pemasaran Komunikasi & Inovasi Plaza Sungei Wang .

Siri animasi memang padat dengan nilai murni dan pengajaran yang berunsurkan kandungan hiburan kanak-kanak.


Acap kali menjadi pilihan utama setiap ibu bapa untuk mendidik anak mereka sekaligus menjadikan medium hiburan buat si cilik.

Setiap karakter mempunyai keunikan masing-masing yang memberikan impak positif dan isnpirasi pembentukan karakter yang baik kepada kanak-kanak.

Berunsurkan kandungan edutainment, penceritaan Didi & Friends padat dengan pengajaran sering menjadi pilihan ibu bapad dalam mendidik anak secara santai.


Aktiviti dan pertandingan serta hadiah menarik disediakan buat ibu-bapa dan kanak-kanak.

Berpeluang untuk bergambar bersama karakter kegemaran mereka pada Sabtu dan Ahad; slot 12.00 tengahari, 4.30 petang dan 8.30malam.

Pastinya aktivti kemuncak adalah persembahan daripada Didi & Friends Edisi Cuti Sekolah yang pastinya akan membuatkan si kecil menyanyi dan menari bersama.


MIni Zoo pun ada dimana ibu bapa dan kanak-kanak dapat membelai dan memberi makan kepada haiwan yang ada . Dapat mengenali haiwan dengan lebih dekat sebab ada lebih daripada 20 jenis haiwan eksotik.

Pas Foto khas bersama Didi & Friends juga percuma Beg Pelancong Plaza Sungei Wang diberikan kepada mereka yang berbelanja minimum RM 50.

Merchandise pun banyak dijual so apa lagi? Tunjukkan rasa minat anda kepada Didi & Friends dengan barangan rasmi sepert mainan, alat tulis, buku dan juga pakaian.

Semuanya boleh dibeli di Kedai Pop Up Didi & Friends yang ada disekitar Centre Court, Plaza Sungei Wang.

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!