SEINDAH KASIH SEMPENA RAMADAN DAN RAYA MEDIA PRIMA BERHAD
Bulan Ramadan, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Bulan yang penuh dengan kemuliaan, kesyukuran dan keberkatan ini sungguh bermakna kerana memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri, mengeratkan perpaduan serta silaturahim di kalangan masyarakat majmuk, selain mendapat pahala berlipat ganda. Itulah yang ingin disampaikan menerusi kempen Seindah Kasih anjuran Media Prima.
Tahun ini, Media Prima Berhad memperkenalkan tema Seindah Kasih yang akan menyemarakkan kempen Ramadan Raya 2023 menerusi TV3, TV9, Tonton, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Primeworks Studios, Berita Harian, Harian Metro, OH BULAN!, Seismik, Xtra, Sirap Limau, Waktu Solat Malaysia dan Big Tree.
Tema Seindah Kasih dipilih sebagai satu pesanan kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati terutamanya selepas mengharungi pelbagai ujian ketika memerangi wabak COVID-19 dan bencana alam yang telah meragut nyawa dan merosakkan harta benda.
Seindah Kasih menampilkan Mimi Lana, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Ain Edruce dan Ejen Ali sebagai wajah kempen. Selain itu, kempen tersebut juga melancarkan lagu tema Seindah Kasih yang dinyanyikan oleh Bil Musa dan Aqmal Ramdan, naib juara Terpaling Juara.
Kempen Seindah Kasih dilancarkan menerusi siaran langsung program The Seindah Kasih Show di TV3 dan Tonton yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy, dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti popular seperti Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Fedtri Yahya, Anas Ridzuan, Mimi Lana, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Dato' Chef Ismail, Michael Ang dan Ustaz Tarmizi serta persembahan nyanyian hebat daripada Aina Abdul, Ernie Zakri, Hael Husaini dan Rahmad Mega.
Program selama satu jam ini memperkenalkan susunan aktiviti dan program-program menarik merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan sepanjang bulan Ramadan di TV3, TV9, Tonton, WOW Shop dan Harian Metro serta Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda.
Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda akan mengembara ke serata Semenanjung Malaysia iaitu zon Utara, Selatan, Tengah dan Timur di bulan Ramadan dari 22 Mac hingga 16 April 2023 untuk mengagihkan set iftar dan barangan keperluan ke rumah anak yatim, rumah kebajikan orang tua, golongan ibu tunggal dan juga golongan B40.
Tonton
Menerusi kempen Seindah Kasih, eksklusif di Tonton, perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia menampilkan Tonton Original: Seindah Kasih The Movie lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz dan Shasha Abedul yang bakal bersiaran di Tonton pada 12 April 2023. Selain itu, Tonton akan mempersembahkan Tonton Soundstage X Seindah Kasih yang menampilkan penyanyi lagu tema kempen iaitu Bil Musa dan Aqmal Ramdan.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia. Gunakan #SeindahKasih untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.