AL-IKHSAN SPORT & IKTIKAF KOLABORASI BAJU MELAYU COOL, AWESOME!
AL-IKHSAN SPORT & IKTIKAF
Masing masing mesti dah pergi membeli-belah sekarang kan untuk persiapan raya? Banyak juga booth - booth jualan persiapan raya di mana-mana je!
Sesuatu yang baru dimana ingin mencari baju melayu boleh juga anda boleh cari di outlet Al-Ikhsan Sport. Ini adalah kolaborasi terbaru antara Al-Ikhsan Sport dan jenama terkenal Iktikaf.
Kolaborasi ini membawakan selebriti popular, Alif Satar sebagai duta baju melayu dan kurta Al-Ikhsan Sports.
Bukan berseorangan tetapi bersama atlet pelumba basikal kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang.
Bertepatan dengan slogannya iaitu “Baju Melayu yang cool”, koleksi ini pastinya akan memberi si pemakai keselesaan sepanjang hari.
“Baju Melayu yang cool” diberi nama, diadaptasi daripada teknologi Pesak Ventech™. Konsep ini yang satu satunya menggunakan material jenis “mesh” pada bahagian bawah lengan.
Menjadikan koleksi pakaian ini anti peluh, cepat kering, selesa dan berangin. Sesuai dengan cuaca di Malaysia yang panas pada bulan Syawal nanti.
Di mana masyarakat kini sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti fizikal sepanjang hari, jadi memang sesuai sangat bila memakai #bajumelayuyangcool
Ini juga adalah salah satu tanda terima kasih kami kepada para pelanggan yang sentiasa bersama kami sepanjang 30 tahun yang lalu.”
-kata Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sport.
Baju melayu dan kurta Pesak Ventech™ ini membariskan 5 kategori iaitu Regular Fit-Baju Melayu, Slim Fit- Baju Melayu, Kurta 3 butang dan 1 butang juga koleksi kanak-kanak.
Bermula 20 Mac nanti bolehlah dapatkan koleksi pilihan raya ini dimana-mana 76 outlet Al-Ikhsan atau pembelian digital melalui laman e-dagang.