Posts

Showing posts from March, 2024

ALAMANDA PUTRAJAYA RAIKAN ANAK ANAK YATIM PERTUBUHAN WARISAN SUCI MENJELANG HARI RAYA AIDILFITRI

Image
Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah  Alamanda menjemput beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari  Pertubuhan Warisan Suci, Kajang untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 26 Mac  2024 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Kanak-kanak yang berusia sehingga 6 tahun itu tiba bersama Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri, disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Junaidy Jamaludin. Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya. Majlis menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak tersebut diberikan duit raya. Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu makanan. Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata,  “Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajay...

JANJI BERBALOI 149 TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA DI ST ROSYAM MART SEMENYIH!

Image
Kempen Janji Berbaloi 149, kolaborasi antara TV9 dan ST Rosyam kini memasuki tahun ketiga. Kali ini, kempen yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh orang ramai ini telah berlangsung di Semenyih. Lebih daripada 200 pengunjung telah beratur seawal 8.30 pagi, untuk menjadi 250 pengunjung terawal bagi mendapatkan tawaran pek istimewa berharga serendah RM1.49 ! Janji Berbaloi 149 ini diadakan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan bulan yang mulia ini dan seiring dengan kempen ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’ anjuran Media Prima Berhad. Janji Berbaloi 149 yang berlangsung di cawangan terbaharu ST Rosyam Mart yang terletak di Semenyih, Selangor ini telah disempurnakan oleh Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Program dan Kandungan Penyiaran, TV9.  Tawaran istimewa ini telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan hanya sah pada hari ini sahaja, 30 Mac 2024. Pek yang bernilai serendah RM1.49 itu mendapat sambutan yang sangat meriah apabila orang ramai sudah mula berkerumun dari pukul 8.30 pagi hanya unt...

"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK MERAIKAN PPRK PDRM & PELAJAR TAHFIZ

Image
"RAMA-DINE" adalah sebuah program yang merangkumi 2 majlis amal iaitu "Datum tetamu Lambuk" dan "Iftar-fiesta".  Program yang julung kali diadakan ini, dihadiri oleh 200 tetamu jemputan dari pelajar Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang, Persatuan Penghuni Rumah Kediaman Polis DiRaja Malaysia dan kakitangan Datumcorp International Sdn. Bhd (DCI). "Datum Lambuk" merupakan aktiviti memasak bubur lambuk oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah DCI, wakil pengurusan DCI dan juga ahli Masjid Muaz bin Jabbal yang berlangsung di P1 (Parking Lot), Datum Jelatek Shopping Centre.  1000 bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat dan penduduk di sekitar Keramat, Setiawangsa dan juga lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Manakala majlis "Iftar-Fiesta" yang diadakan di Temu Jelatek, adalah majlis berbuka puasa bersama semua tetamu yang hadir.  Dalam majlis ini juga, penyampaian sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Am...

PEMBUKAAN OUTLET DC BODY KEDUA DI USJ TAIPAN

Image
Pengembangan Kumpulan Mencerminkan Permintaan yang Meningkat untuk Perkhidmatan Estetik dan Kesejahteraan kini di outlet DC Body yang kedua. OUTLET DC BODY KEDUA DC Healthcare Holdings Berhad (“DC Healthcare” atau “Kumpulan“), penyedia perkhidmatan perubatan estetik yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minimum. Meneruskan momentum pertumbuhan Kumpulan untuk mengumumkan pembukaan daripada outlet DC Body terbaru di USJ Taipan. USJ TAIPAN Pembukaan ini menandakan satu langkah penting dalam misi DC Healthcare untuk menjadikan perkhidmatan estetik dan kesihatan yang unggul. Lebih mudah diakses sambil terus memenuhi pelbagai keperluan pelanggannya yang semakin meningkat. LONJAKAN INOVATIF DC HEALTHCARE DC Body – USJ Taipan mewakili lonjakan inovatif untuk DC Healthcare, memperluaskan tawaran Kumpulan ke dalam pengurusan berat badan khusus, kaunseling pemakanan peribadi dan kontur badan. DC Body – USJ Taipan direka selaras dengan falsafah Kumpulan penjagaan peri...

(TV9) JANJI BERBALOI 149 KINI KEMBALI! : TV9 DENGAN KERJASAMA ST ROSYAM MART KONGSI REZEKI DI BULAN RAMADAN

Image
Bulan Ramadan bulan yang mulia bagi mengeratkan ikatan rohani dan sosial sesama kita serta memperbaiki hubungan dengan Allah. Rentetan daripada Janji Berbaloi 149 tahun lalu, TV9 sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan ST Rosyam Mart untuk berkongsi rezeki dengan menawarkan pakej barangan dapur terpilih dengan harga istimewa serendah RM1.49 khas buat pengunjung yang terawal! Janji Berbaloi 149 ini akan berlangsung pada 30 Mac 2024 di cawangan terbaharu ST Rosyam Mart bertempat di Semenyih pada pukul 10.00 pagi.   Ini merupakan tahun ketiga TV9 menganjurkan kempen Janji Berbaloi dalam meringankan beban orang ramai bersempena dengan kempen Ramadan Raya Media Prima, RaRa Macam Dulu-Dulu.  Menurut Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Program dan Kandungan Penyiaran TV9, “Bagi pihak TV9, saya berasa sangat gembira dan teruja kerana kita sekali lagi dapat menjayakan kempen Janji Berbaloi ini. Objektif kita ialah ingin membantu dan meringankan beban orang ramai di musim perayaa...

Raikan Aidilfitri Penuh Gaya Keemasan Di Bazar Ramadan HABIB 2024

Image
Adakah anda sudah bersedia untuk meraikan Aidilfitri dalam sambutan penuh keemasan? Khazanah barang kemas yang indah menanti anda di Bazar Ramadan tahunan HABIB ! Dengan tawaran hebat dan koleksi yang menakjubkan, HABIB berdedikasi untuk membantu anda untuk mendapatkan barangan kemas baharu untuk digayakan pada Hari Raya dengan harga yang sangat berpatutan. KEMPEN RANTAIAN KASIH Sebagai sebahagian daripada tarikan untuk Kempen Rantaian Kasih tahun ini, HABIB mempersembahkan pelbagai koleksi yang diilhamkan daripada kesenian kraf tradisional .  Daripada kepingan tenunan tangan yang rumit kepada ensembel berlian yang mempesona kan, setiap reka bentuk mencerminkan ketepatan dan keanggunan untuk kilauan Aidilfitri yang sempurna. ORA ITALIA 916 Bermotifkan anyaman, menggabungkan warna kuning emas, emas putih dan emas mawar dengan hiasan berlian. Temui kehalusan gelang dan rantai tangan Oro Italia 916 . Potongan eksklusif ini menampilkan jalinan yang rumit dan ketukangan yang teliti, me...

UNIQLO HELD A POWERFUL WOMEN EMPOWERMENT WORKSHOP

Image
UNIQLO celebrates International Women’s Day through “Drive, Daring, Destiny” Women Empowerment Workshop where they share an insightful dialogue session with local personalities and also non-governmental organisation for women’s right and gender equality. The workshop also represented the significant step towards fostering a culture empowerment and resilience among women from all walks of life. Partnering with the Women’s Aid Organisation (WAO), UNIQLO brought together influential women entrepreneurs and thought leaders to share their experiences and insights. Local personality, Bella Zahir, and Amy Tai, founder of the local footwear brand, joined representatives from WAO in leading the dialogue. The session delved into various aspects of women’s empowerment, including navigating challenges, seizing opportunities, and prioritising mental well-being. By showcasing the achievements and journeys of successful women, the dialogue aimed to inspire and empower others to pursue their goals wit...

MENGHAFAL DAN MEMBACA BERSAMA AIMAN ISKANDAR (AI) SEPANJANG RAMADAN RAYA INI!

Image
Kempen Ramadan Raya tahun ini iaitu ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’ telah melancarkan adaptasi kecerdasan buatan (AI) yang diberi nama Aiman Iskandar sebagai wajah kempen. Kempen kali ini turut menampilkan empat kombinasi wajah selebriti baharu dan lama iaitu Norlia Ghani, Zamarul Hisham, Aqil Zulkiflee, dan Mika Safiya. Kemampuan kecerdasan buatan atau lebih dikenali dengan Artificial Intelligence (AI) kini lebih meluas kerana ia mampu untuk memproses bahasa manusia, proses pembelajaran, penjanaan idea dan penyelesaian masalah. Justeru, RaRa Macam Dulu-Dulu ingin memperkasakan Aiman Iskandar (AI) bagi memudahkan penonton terutama kanak-kanak dalam mempelajari proses pembacaan, proses menghafal niat dan juga doa ketika bulan Ramadan ini seperti niat puasa, doa berbuka puasa dan lain-lain lagi. Visual Aiman Iskandar (AI) yang menampilkan wajah lebih realistik ini akan menarik lebih perhatian dari pelbagai peringkat umur termasuk golongan remaja. Visual yang realistik ini juga akan membantu kana...

DAIYAN TRISHA DUTA VIVO V30 - GABUNGAN TERBAIK TEKNOLOGI ZEISS DAN AURA LIGHT 3.0

Image
vivo Malaysia dengan bangganya melancarkan penambahan baru dalam siri V mereka iaitu vivo V30 dan vivo V30 Pro hari ini. Keluaran pada siri vivo V30 kali in memaparkan reka bentuk telefon pintar ternipis daripada vivo, siri vivo V30 ini dilengkapi dengan bateri 5000 mAh (TYP) yang tahan lasak selama empat tahun. Disertakan dengan ciri Aura Light Portrait 3.0 bagi kualiti gambar yang lebih baik dan pilihan warna yang menarik. Bagi vivo V30 Pro, ia mempunyai satu kelebihan pada kameranya iaitu, kamera potret profesional dari ZEISS yang direka khas untuk memberikan pengguna pengalaman fotografi potret seperti di dalam studio. Inovasi dari vivo kali ini memastikan prestasi yang berkualiti dan hayat bateri yang berpanjangan. “Kami memang mengekalkan estetike minimalis pada kebanyakan siri V kami. Kali inim dengan siri vivo V30, kami telah mencapai tahap kejuruteraan yang luar biasa. Dengan adanya bateri 5000 mAh dan mampu bertahan sehingga 4 tahun dalam reka bentik nipis ini. Kami juga mena...