"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK MERAIKAN PPRK PDRM & PELAJAR TAHFIZ
"RAMA-DINE" adalah sebuah program yang merangkumi 2 majlis amal iaitu "Datum tetamu Lambuk" dan "Iftar-fiesta".
Program yang julung kali diadakan ini, dihadiri oleh 200 tetamu jemputan dari pelajar Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang, Persatuan Penghuni Rumah Kediaman Polis DiRaja Malaysia dan kakitangan Datumcorp International Sdn. Bhd (DCI).
"Datum Lambuk" merupakan aktiviti memasak bubur lambuk oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah DCI, wakil pengurusan DCI dan juga ahli Masjid Muaz bin Jabbal yang berlangsung di P1 (Parking Lot), Datum Jelatek Shopping Centre.
1000 bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat dan penduduk di sekitar Keramat, Setiawangsa dan juga lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.
Manakala majlis "Iftar-Fiesta" yang diadakan di Temu Jelatek, adalah majlis berbuka puasa bersama semua tetamu yang hadir.
Dalam majlis ini juga, penyampaian sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang dan penyerahan sumbangan kerusi roda kepada Persatuan Penghuni Rumah Kediaman Polis DiRaja Malaysia (PPRK).
Majlis telah disempurnakan oleh YM Tengku Khairil Azwan bin YM Tengku Abd Samad, Pegawai Pemantau Operasi DCI. Turut hadir ialah Pengerusi PPRK PDRM, Tuan Hj Che Nazari bin Omar.
Majlis "RAMA-DINE" ini adalah program tahunan di bulan Ramadan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara pihak Datumcorp Iinternational bersama masyarakat setempat.
Untuk makluman DatumCorp International Sdn. Bhd (DCI), adalah sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). lanya telah dirasmikan oleh DYTM Tengku Amir Shah lbni Sultan Sharafuddin Idris Shah AI Haj, Raja Muda Selangor pada 10hb Disember 2022. Datum Jelatek Shopping Centre dibuka kepada umum sejak 26hb November 2022.